PERCAYA Malaysia mampu meledak gawang pasukan tuan rumah dalam pertemuan terakhir acara bola sepak dalam Kumpulan A, Sukan Sea Indonesia Khamis ini, bekas pemain kebangsaan, Dollah Salleh menyeru pemain agar tidak bersikap sambil lewa dalam pertemuan akan datang.
“Kita sememangnya jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pasukan lawan. Namun begitu, berdasarkan pertemuan menentang Kemboja kelmarin, pemain masih kekurangan fokus dan tidak konsisten dalam memastikan pingat emas kekal dalam genggaman.
Meskipun melihat kejayaan Kemboja membolosi gawang negara menerusi Chhin Chhoeun sebagai tidak sepatutnya berlaku, Dollah tetap memuji bahagian serangan skuad kendalian Ong Kim Swee yang diterajui Izzaq Faris Ramlan.
“Jika dilihat dari segi taktikal, anak didik Ong Kim Swee berjaya menunjukkan corak permainan yang bagus, terutama di bahagian serangan lebih berkesan berbanding perlawanan terdahulu. Malah pertahan juga bertambah mantap walaupun berjaya dibolosi pada separuh masa kedua,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Dollah mahu pemain menjadikan provokasi dan cemuhan yang diberikan penyokong tuan rumah sebagai pembakar semangat.
“Mereka mampu melakukannya sebelum ini (Piala AFF Suzuki), jadi tidak mustahil mereka mampu mengulanginya semula. Pertahankan maruah negara dan jangan biarkan pasukan negara diperkecil-kecilkan. Tunjukkan kepada mereka kemampuan sebenar skuad Harimau Malaya,” katanya.
Sumber l Sinar Harian 15 November 2011
1 comment:
Yakin Boleh !!!
Malaysia harus berjaga-jaga...
MALAYSIA vs INDONESIA
Post a Comment