Tuesday, November 22, 2011

SEA GAME JAKARTA 2011 : FINAL BOLASEPAK , GAMBAR PENYOKONG INDONESIA :)

Umum mengetahui bahawa Indonesia merupakan sebuah negara yang mempunyai supporter bolasepaknya yang sangat fanatik.Kegilaan rakyatnya terhadap sukan bolasepak yang sangat fanatik boleh dilihat apabila walaupun harga dinaikkan 2 kali ganda tetapi mereka tetap teresak esak melangkah ke stadium walaupun mereka merupakan sebuah negara yang susah.

Keghairahan rakyat Indonesia tidak dapat disangkal lagi apabila ada antara mereka yang sanggup membakar kaunter tiket di perkarangan stadium Gelora Bung Karno setelah tiket yang dijual habis.Indonesia sememangnya mengimpikan emas dalam dakapan mereka kerana Malaysia merupakan musuh tradisi mereka.Harapan yang begitu tinggi diletakkan keatas pemain bawah 23 tahun mereka setelah skuad senior mereka turut di malukan dilaman sendiri semasa final Piala Suzuki AFF yang lalu.

Namun, emas dalam acara bolasepak ini merupakan kejayaan kedua mengalahkan Indonesa di laman sendiri apabila pada tahun 1979 skuad negara pernah mengalahkan Indonesia dalam temasya yang sama.Kenyataan ini amatlah pahit untuk ditelan oleh semua penyokong Indonesia tetapi inilah hakikatnya yang perlu di terima.Emas milik Malaysia.





Gambar sebelum hari sepak mula dilangsungkan.Kaunter tiket di perkarangan stadium di bakar







Sumber : http://images.kompas.com/photos/album/75648


Notakaki : Bole tahan jugak supporter perempuan dorang.Siap boleh panjat pagi lagi.kalau saya memang tak ah.

1 comment:

NEPH said...

takut tengok....bergaduh sama sendiri org kita..xtau apew#x