Monday, April 28, 2014

AYRA DAN DEMAM CAMPAKNYA

Asslamualaikum

Alhamdulillah , my baby Ayra sudah sembuh dari campak.Bintik bintik dimuka hilang.Syukur sangat-sangat , sayu hati ini melihat anak sendiri sengsara walaupun pada hakikatnya campak ni memang perkara biasa sahaja dalam proses pembesaran kanak kanak.Setiap kanak kanak akan dijangkiti campak sekali dalam seumur hidup mereka.

Namun , ibu mana yang xsedih tengok anak yang baru berusia 7 bulan menderita kegatalan akibat campak.Sebelum terkena campak , Ayra demam selama 3 hari.Tapi demam Ayra bila malam mesti panas sesangat tapi bila siang hari sihat * demam jugak tapi suhu badan tidak tinggi * 

Tetapi si ayah tetap tewas ,melihat anaknya sakit.Si ayah menangis sedih tgk puterinya menderita.Namun saya sebagai ibu memberi semangat kepada si ayah agar tabah,saya beritahu suami saya ini normal.Baik dari kerja si ayah pasti akan bermain seketika dengan Ayra walaupun saya tahu si ayah agak penat.

Melihat si anak yang sudah mampu merangkak sekeliling rumah cukup untuk membuat saya dan si suami bahagia.Hilang penat , hilang kegusaran , hilang kerungsingan.Syukur,walaupun campak bukan panyakit yang diketogorikan sebagai merbahaya namun yang membuat saya dan suami takut adalah melihat si kecik menangis kegatalan dan juga tidak berselera untuk makan.Itu yang cukup membimbangkan namun , semua itu sudah berlalu .Namun sejujurnya perkara ini membuatkan saya dan si suami dalam ketakutan kerana ini merupakan pengalaman pertama kami. :) *ibu dan bapa yang muda,kehkehkeh*



pic 1 : masa pic ni diambil muka ayra dah naik bintik-bintik merah.Hari pertama malamnya, penuh satu badan .Saya  risau , dah siap siap pakai baju utk bawak Ayra pergi klinik , tapi umi saya xbagi , katanya pegi klinik pun xder ubat jugak.Umi suruh tunggu lepas 3 hari , aii dalam hati saya memberontak dah ni , risau takut jadi apa apa je.Bertawakal sahaja

Namun Alhamdulillah , lepas 3 hari dah sembuh .bintik bintik pun dah semakin hilang,betul plak ckp umi sayaUmi saya dengan eksennya dia cakap 'lain kali dengar cakap orang yang berpengalaman, umi dah beranak 3 kali hokeyyyy ' Hahaha, kami sama sama gelak.

Tapi hari ke 3 tu umi mandikan Ayra dengan daun apa ntah .Saya pun xpasti daun apa.Namun syukur sangat sangat Ayraa dah sembuh , mommy dengan daddy pun boleh horey horeyyyy



No comments: