Showing posts with label ♥ i ♥ Kelantan ♥ ♥ Ultras-THE RED MANIA -♥. Show all posts
Showing posts with label ♥ i ♥ Kelantan ♥ ♥ Ultras-THE RED MANIA -♥. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

DISINI KELATE, DISANA TERENGGANU DIMANA MANA KITA BERSAUDARA l PERLAWANAN PERSAHABATAN : KELANTAN vs TERENGGANU



Sebagai penutup tirai kepada tahun 2011 , sebuah perlawanan persahabatan antara Kelantan dengan Terengganu telah diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV pada 31 Disember 2011 pada jam 8.45 malam sebagai persedian menghadapi musim hadapan.

Meskipun begitu perlawanan telah bermula sekitar jam 9 malam ekoran dari keadaan hujan yang lebat semenjak dari awal pagi lagi.

Walaupun keadaan hujan yang renyai dan kadang kadang lebat semenjak dari awal pagi , ternyata ianya tidak mematahkan semangat penyokong kedua dua pasukan malah penyokong tetap memenuhi stadium walaupun sedkit .

Namun , SSMIV ternyata 'neraka' bagi penyokong dari pasukan lain.Tidak ramai yang berani datang ke stadium keramat Negeri Kelantan dengan berpakain jersey pasukan mereka kerana takut di apa apakan malahan takut sekiranya 'tidak ada jalan keluar ' ...

Namun tak kenal maka tak cinta , bila dah kenal maka jatuh cinta.Kami sentiasa menerima kunjungan dari penyokong pasukan lain malahan kami akan tetap menyambut mereka dengan baik.Sebagai contohnya bagaimana rakyat Kelantan menyambut kedatangan pasukan Persebaya tempoh hari dengan begitu meriah sekali.

Namun sehingga artikel ini ditulis , hanya penyokong pasukan negeri yang menggelarkan ULTRAS yang sanggup memijak perut SSMIV. Mereka adalah UltraSel (Selangor ), Ultras Elaphant Army (PAHANG), Ultras Kedah , Ultras Nogori ( N.Sembilan ) dan terbaru dari Ultras Terengganu (UT) dan beberapa orang penyokong Terengganu lengkap berjersey Terengganu semasa menentang Kelantan bagi pusingan separuh akhir Piala Malaysia dahulu.[ maaf sekiranya saya tertinggal , dan saya tidak menyeraikan kedatangan UM ke Kelantan bagi National Duty ) dan maaf sekiranya saya terlepas pandang penyokong dari pasukan lain yang datang bersahaja tanpa memakai jersey pasukan mereka.

Kedatangan kelibat UT dilihat di perkarangan medan selera SSMIV sekitar jam 5 petang yang mana disitu merupakan tempat berkumpul bagi UKRM.Mereka telah disambut oleh komrad komrad UKTRM dengan ramah tanpa ada perasaan prejudis memandangkan dalam Ultras itu sendiri menerapkan unsur 'BROTHERHOOD' . Di padang kami musuh, di luar kami tetap 'BROTHERHOOD'.

Difahamkan seramai 16 komrad UT memberanikan diri ke SSIV bagi memberi sokongan kepada pasukan mereka.Kelihatan seorang manggis di situ , [ sorry taksempat nak bertegur sapa].

Komrad UT menjamu selera sebelum memasuki Gate H bersama sama UKTRM.

Kelihatan bebeapa komrad UKTRM





Kelihatan salah seorang komrad UKTRM beramah mesra dengan komrad UT


Apa pandang padang bang , mohon maaf  tak kenal :) , jangan marah bang !!


 Sebelum memasuki Gate H , komrad UKTRM dan komrad UT telah bergambar kenangan di medan selera sebagai tanda sokongan kepada kedua dua pasukan.
 



Komrad UT turut berada di GATE H bersama sama dengan UKTRM. Mereka berada di tempat yang mana pernah di duduki oleh ULTRASEL suatu ketika dahulu.Kedatangan mereka di terima oleh penyokong Kelantan.

Bukti kehadiran UT diterima oleh penyokong Kelantan.
Perlawanan berlangsung dengan rancaknya dengan memperlihatkan kedua dua pasukan bersungguh sungguh bermain walaupun menhadapi kesukaran akibat padang yang dipenuhi air serta terhadap insiden yang menyebabkan pergaduhan kecil diantara kedua pasukan.

Namun akibat hujan yang turun agak lebat dan ditambah dengan keadaan padang yang berbecak menyebabkan perlawanan ini terpaksa di batalkan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.Perlawanan yang berlangsung hanya untuk 35minit sahaja itu sekadar seri tanpa jaringan.

Namun akibat hujan yang lebat , kenangan UT berada di curva UKTRM tidak dapat di ambil .Namun selepas perlawanan ini dibatalkan, kelihatan kedua dua penyokong Ultras bersama sama berchant walaupun dalam keadaan hujan lebat.


DISINI KELATE DISANA TERENGGANU, DI MANA MANA KITA SAUDARA ..OH OH OH


Dan terima kasih diucapkan kepada UT yang sanggup datang ke curva kami di Gate H , Pride of Kelantan.Apa yang kurang itu dari kami dan yang lebih itu dari yang sana.Anda dijemput bersama kami lagi selepas ini.



CikKukuBesiPenumbuk :

Sila dapatkan majalah rasmi bolasepak Kelantan 'Dunia Warriors' yang terdapat artikel saya dalam kolum SERIKANDI WARRIORS dan juga artikel mengenai UKTRM.Majalah ini boleh didapati di sekitar stadium Kota Bharu dan juga di Lembah Klang.




Mohon penyokong penyokong pasukan lain yang masih prejudis kepada rakyat Kelantan silalah open your mind.Datang dulu ke stadium kami , jangan cepat menilai dari satu kesilapan.



Sunday, December 11, 2011

ULTRAS KELANTAN THE RED MANIA l BANNER HIDUP MATIKU KELANTAN DITURUN , PRIDE OF KELANTAN DINAIKKAN



Setelah hampir sebulan bercuti dari Curva Gate H, semalam menyaksikan komrad komrad UKTRM melepaskan KESURUPAN di curvanya.Kemeriahan stadium Sultan Muhammad IV bertambah apabila dikhabarkan 20,000 ribu penonton memenuhi segenap stadium walaupun ianya merupakan perlawanan persahabatan sahaja.Kehadiran penonton yang membanggakan ini adalah disebabkan ingin melihat kelibat pemain import Muhammad Ghaddar itu sendiri.Tetapi jumlah ini memang biasa bagi Stadium Sultan Muhammad IV.

Alhamdulillah, Kelantan berjaya membenam pasukan lawan dengan mudah dengan jaringan 2 berbalas 0 dengan salah satu daripadanya merupakan jaringan dari pemain import Kelantan iaitu Muhammad Ghaddar.Ramai penonton yang memuji pemain ini bermain dengan baik disamping gandingan mantap beliau bersama 'pemain paling bernilai' , Shahrul Idlan Talaha.

Tetapi motif utama artikel ini ditulis bukan untuk mengulas mengenai perlawanan semalam sebaliknya ingin menulis tentang banner ultras kelantan yang menjadi perdebatan hangat di kalangan peminat bola sepak Kelantan.

HIDUP MATIKU KELATE menjadi tajuk atau perdebatan yang hangat oleh semua peminat bolasepak Kelantan.Apabila hal banner ini diutarakan atau dibincangkan, ramai yang memberi pendapat , ada yang mencemuh, ada yang memberi sokongan dan ada juga menjadi silent readers.Seperti yang telah dijelaskan oleh pihak kami sendiri, perkataan HIDUP MATIKU KELATE digunakan hanya sekadar simbolik kepada semangat kesukanan sahaja.

Namun ramai yang mempertikaikan HIDUP MATIKU BUKAN KELATE SEBALIKNYA HIDUP MATIKU HANYA ALLAH SWT.Pelbagai hadis dan terjemahan serta tafsir Al-Quran yang diberikan kepada pihak kami termasuklah printscreen persoalan yang lebih kurang sama dari Ustaz Azhar Idrus.

Dan disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat bolasepak Kelantan khususnya yang memberi komen dan pendapat ke arah kebaikan.Jutaan terima kasih.Atas inisiatif kami yang menerima pendapat orang ramai, kami telah bersetuju untuk menurunkan banner HIDUP MATIKU KELATE tetapi sebaliknya di gantikan dengan PRIDE OF KELANTAN.

Penurunan banner HIDUP MATIKU KELATE bukan kerana kami kalah dengan psikologi perang yang di berikan oleh penyokong KELANTAN tetapi kami  menerima pendapat umum sekiranya pendapat itu mampu membawa kepada kebaikan.Dakwaan yang mengatakan bahawa ada diantara golongan atau puak puak ultras tidak boleh menerima pendapat umum adalah disangkal sama sekali kerana kami memang boleh menerima kritkan asalkan ianya boleh membawa suatu perkembangan ultras yang lebih maju dan kami menolok pergaduhan sesama peminat hanya kerana banner kami kerana kita sama sama menyokong pasukan kita , yang berbeza adalah cara sokongan sahaja.





Jadi diharap dengan pergantungan banner baru kami iaitu PRIDE OF KELANTAN yang pertama kali digantung di GATE H semalam berjaya membuka mata penonton Kelantan khususnya untuk mendekatkan diri di GATE H dan bersama sama menyertai UKTRM dalam satu usaha untuk mewujudkan satu fenomena baru di dalam stadium.

Untuk pengetahuan semua juga, ULTRAS KELANTAN tidak ditaja oleh mana mana pihak sebaliknya kami mengeluarkan duit poket kami untuk membuat semua banner ini dan alatan alatan lain.Kami bergerak secara sendiri dan segala kos perbelanjaan samada untuk membuat banner, alatan seperti gendang  dan lain lain serta alatan untuk tifo adalah menggunakan duit sendiri yang dikumpul setiap kali perlawanan.

Besar juga harapan kami agar semua pihak dapat membuka mata serta tidak ada lagi ada suara suara yang masih mempersoalkan perihal banner kami ini.Biarkan ada mulut mulut yang masih berbunyi akan kehadiran ULTRAS di stadium, kerana kami akan tetap berada di curva kami.Ultras tidak akan meninggalkan curvanya dan akan sentiasa ada.

Dan secara peribadi saya ( cikkukubesipenumbuk ) PRIDE OF KELANTAN  yang ditulis di dalam penggunaan bahasa Inggeris adalah untuk kearah INTERNATIONALE..Biar satu dunia tahu tentang negeri KELANTAN memandangkan kita juga akan bertanding dalam Piala AFC.

jadi mari kita sama sama memartabatkan sukan bolasepak KELANTAN .

Cebisan gambar sekitar perlawanan di antara KELANTAN VS TERENGGANU T-TEAM















JADI KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KAMI , ANDA BOLEH DATANG TERUS KE CURVA KAMI DI GATE H .ANDA HANYA PERLU MEMBAWA JIWA DAN SEMANGAT SERTA MEMAKAI KASUT SERTA MEMAKAI TSHIRT HITAM DAN MAFLA KELANTAN ATAU MALAYSIA.

JANGAN MALU JANGAN SEGAN KERANA KAMI SENTIASA MENGALUKAN KEDATANGAN ANDA.

Wednesday, November 9, 2011

STADIUM BUNG KARNO l KIBARAN BENDERA KELANTAN DI PERUTMU



Semalam , Stadium Bung Karno yang terletak di Jakarta Tengah ,Indonesia menyaksikan sekumpulan anak muda dari Malaysia sedang mengibarkan Bendera Malaysia sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan bolasepak negara dalam persaingan di  Sukan Sea Indonesia 2011.Tapi apa yang menjadi lebih  manis adalah  kelihatan salah seorang dari komrad ULTRAS KELANTAN THE RED MANIA  memakai baju GATE H yang merupakan simbolik bagi ULTRAS KELANTAN.Sambil  memegang bendera Kelantan beliau teguh berdiri disitu walaupun banyak yang menyatakan stadium itu 'bahaya' untuk peminat bolasepak Malaysia.

Hafizi bersama Jalur Gemilang

Hafizi Hadi merupakan salah seorang komrad Ultras Kelantan The Red Mania yang sedang menyambung pelajaran dalam bidang Farmasi di salah sebuah Universiti di Jakarta.Beliau pernah  bersama sama saya 'berawaydays' ke Stadium Nasional Bukit Jalil semasa perlawanan Piala FA sekitar bulan 6 yang lalu.Beliau selalu bersama ULTRAS sekiranya pulang ke Malaysia :). 

Gate H merupakan salah satu pintu masuk di Stadium Sultan Muhammad IV dan Gate H juga sangat sinomin dengan ULTRAS KELANTAN THE RED MANIA kerana di sinilah tempat ULTRAS KELANTAN berkumpul iaitu di antara curva. Jadi berinspirasikan GATE H maka , terbitlah sebuah design yang seterusnya di jadikan baju rasmi ULTRAS.

Hafizi bersama Bendera Kelantan Dan Baju Gate H, baju ini merupakan baju rasmi untuk ULTRAS KELANTAN 


" BANGUN SEMUA PENONTON , SATUKAN HATIKAN HATIMU , TINGGIKAN SORAKANMU....DEMI KELATE "

Walaupun umum mengetahui bahawa Malaysia sekadar seri dengan Singapore tanpa sebarangan jaringan , tetapi para penyokong tetap memberi semangat untuk pasukan negara.Sokongan dan kibaran bendara di Bung Karno tetap berkibar tanda sokongan.

Malaysia 0 - Singapura 0

Sekumpulan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Indonesia.


Hafizi bersama mafla Kelantan.Hidup anak jati Kelantan






Deni macam PAEH JUDIN kan kawan kawan.HAHAHHAHA


Satu kebanggaan taktala melihat Jalur Gemilang dan juga Bendera Kelantan berkibar di Bung Karno, Jakarta . Anak jati Kelantan berada di mana mana sahaja waima di ceruk dunia sekalipun . :).



Anak Kelantan Di Australia , perlawanan semasa menentang Australia .Malaysia mendapat undangan perlawanan
persahabatan menentang Australia suatu ketika dahulu.



NotaKaki : Ingin menjadi sebahagian komrad ULTRAS KELANTAN dan anda mempunyai jiwa, anda boleh bersama kami di GATE H , tiada bayaran yang dikenakan sebaliknya kami hanya mahukan jiwa anda.Jiwa yang sentiasa bersama TRW.Memberi semangat dan juga sentiasa berfikiran positif.Hanya apa yang perlu adalah memakai kasut, mempunyai MAFLA KELANTAN , dan juga memakai jersey KELANTAN atau pun berbaju HITAM kerana ULTRAS Dikenali dengan pakaian serba hitam.Anda di larang memakai jersey dari kelab lain. :)


BEING ULTRAS IS NOT A CRIME



Kepada Hafizi dan rakan rakan :) belajar rajin rajin dan harumkan nama Kelantan di bumi bekas tanah jajahan Belanda itu :) .Buktikan bahawa walaupun negeri kita selalu di anak tirikan tetapi kita tetap menjadi KEBANGGAAN.




Monday, October 31, 2011

7 FAKTA MENGENAI PENYOKONG KELANTAN DAN BOLASEPAK KELANTAN YANG PIHAK LUAR TIDAK TAHU l i love kelantan .



Kelantan tanah tumpah darahku.Itulah kata kata yang aku pegang sehingga kini.Buruk baik negeri aku tetap negeri aku.Aku dilahirkan di sini walaupun ibu aku bukan dari orang Kelantan.Bangganya aku kerana di lahirkan di bumi Kelantan.Pasal pemerintahan, kemunduran, kemiskinan sila tolak tepi.

Kehangatan Piala Malaysia 2011 masih lagi dirasai walaupun Kelantan gagal melangkah ke peringkat akhir.Tapi sokongan tetap diteruskan atas dasar semangat kesukanan. Tetapi kemeriahan Piala Malaysia 2011 sedikit tercalar apabila ada pihak yang menyalahkan Kelantan atas kekalahan mereka.Siapa mereka itu pasti anda tahu , maka tidak perlu aku sebutkan disini.

Isu tikam menikam yang melibatkan penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu sangat heboh diperkatakan sekarang.Tetapi aku agak terkilan kerana ada sesetengah pihak yang mengaitkan penyokong  Kelantan. ( PETIKAN DARI BLOG PAADUU.COM )Ya, aku tahu Kelantan selalu dilebalkan sebagai sebuah negeri yang bermasalah.Penyokongnya yang terlalu fanatik, terlalu emosional , dikatakan suka bergaduh dan sebenarnya isu ini sememangnya permainan media massa yang mensensasikan berita tentang Kelantan.Asal Kelantan je buruk , tanpa kajian dan terus meletakkan kesalahan ke atas Kelantan.

Orang kata tak kenal maka tak cinta.Kenali kami, duduk semeja dengan kami , adakah kami ini seorang yang jahat.tidak.

1-Stadium sentiasa penuh.

'' Kalau ingin merasakan kehangatan dan kemeriahan bola sepak sekarang, datangla ke stadium Sultan Muhammad ke IV " ..
itulah petikan ayat dari pengulas sukan nadi arena, Zainal Abidin Rawof.Ya stadium keramat kami sentiasa penuh, penuh dengan penyokong yang terlalu sayangkan Kelantan.Tiket mahal itu memang tdaik dapat dinafikan tetapi demi kecintaan terhadap bolasepak Kelantan , wang bukan penghalang segalanya.Kelantan merupakan pencetus fenomena sukan bolasepak Malaysia.

Fenomena lautan mereka biasa kelihatan di stadium kami dan juga pentas final.

2- Memang kami sokong bola tapi yang wajib kami tak tinggal.

" Aik masuk stadium awalnya, pukul 6 dah masuk , mesti tak solat " .
- Di akui di dalam Stadium Sultan Muhammad ke IV tidak mempunyai tempat khas untuk para penyokong solat berjemaah tapi pihak Perbadanan Stadium mencari inisiatif dengan membentangkan tikar untuk memudahkan para penyokong menunuaikan solat.Masjid yang terdapat di luar stadium tidak mampun menampung bilangan penonton yang terlalu ramai. Jadi menyediakan tikar adalah salah satu langkah bijak .Di suatu sudah di Gate H, penonton akan dihidangkan dengan pemandangan yang begitu indah sekali.Solat berjemaah.

Penyokong Kelantan melakukan solat jemaah.
Namun , penyokong bolasepak Kelantan juga tidak terhad kepada lelaki semata-mata kerana bola ialah sukan rakyat maka kaum kaum wanita tidak lupa menghadirkan diri ke stadium.Fenomena kehadiran penyokong di kalangan wanita ke stadium sudah menjadi perkara biasa di Kelantan.Tapi pujian harus diberikan kepada kaum wanita Kelantan kerana masih mampu menunaikan solat di stadium walaupun agak 'susah' pada dasarnya.Tapi nak seribu dalih , tak nak seribu daya.


kredit picture untk Jeming Hassan.Ini bukan gambar edit. 

3.PENYOKONG KELANTAN TIDAK MEMBAKAR BENDERA NEGERI LAIN.
Sehina hina kami, kami tidak pernah membakar bendera negeri orang lain malahan orang lain yang membakar bendara kami.Adakah ini cukup membuktikan bahawa kami tidak bersalah dalam hal ini.Tetapi pandangan luar tentang kami tetap kebusukkan itu.

Seperti yang berlaku di stadium Paroi


Bendera Kelantan dibakar . :(
4.PENYOKONG LUAR TIDAK BERANI DATANG KE SSMIV KERANA PENONTON KELANTAN SUKA GADUH.

Dimana mana stadium pun memang akan ada jenis manusia yang berperangai teruk.Datang dari jeruk mana dan selalu membuat kacau di stadium.Kejadian ini bukan berlaku di stadium kami sahaja malah hampir semua stadium benda ni berlaku.Sebagai contohnya , aku sendiri bersama dengan Ultras Kelantan The Red Mania "awaydyas" ke Terengganu semasa pusingan kelayakan Separuh Akhir Piala Malaysia 2011.Penyokong Kelantan tidak membuat provokasi tetapi sebaliknya apabila penyokong Terengganu yang membuat probikasi sehingga di denda.Kami menerima layanan yang buruk tapi kami tidak melayan orang luar sebegitu di stadium kami.

Sebagai contohnya Perlawanan antara Selangor dan Kelantan dalam saingan Piala Super pada 26hb April 2011. Kelantan menerima kunjungan dari UltraSel yang membawa penyokong mereka sebagai tanda sokongan kepada pasukan mereka.Saya sempat bersama mereka dan kenyataan bahawa penyokong luar yang akan di baling dengan objek tidak sama sekali.

Kredit picture untuk Anak Memberontak
Penyokong Kelantan dan UltraSel bersama sama berchant di luar stadium.


Cerita mengenai Kedatangan penyokong Selangor yang bertandang ke Kelantan ada disini dan gambar : LINK

cerita mengenai kunjungan Penyokong selangor yang ditulis oleh penyokong selangor ada DISINI.

Kelantan juga pernah menerima kunjungan dari penyokong pasukan Pahang semasa saingan Liga Super pada bulan Mei yang lepas.Kedatang mereka juga tidak berlaku sebarang masalah malahan mereka menolak akan kenyataan yang menyatakan bahawa Stadium Kelantan tidak menerima orang luar.


Salah seorang penyokong Pahang bersama komrad Ultras Kelantan The Red Mania.

Stadium Sultan Muhammad ke IV juga menerima kunjungan dari musuh pantai timur kami iaitu Terengganu.Kami hanya musuh di padang bola sahaja tapi Kelantan Terengganu sama sahaja tapi bila ada sesetengah penyokong yang kurang cerdik maka berlaku berbalahan antara kedua dua penyokong.

Gambar sedikit Blur.Kedatangan penyokong Terengganu ke stadium sewaktu  menemukan Kelantan dan Terangganu bagi saingan Piala Malaysia 2011 baru baru ini.Penyokong Terengganu berada di Gate H sebelum di arah oleh RELA untuk berpindah ke ASTAKA kerana malam tersebut merupakan GAME PANAS.

5.TIDAK MENGHINA NEGERI LAIN DAN MELAKUKAN PROVOKASI MURAHAN SAMA ADA DI DALAM FACEBOOK ATAU BLOG.

Banyak sudah berlaku yang mana ada penyokong negeri lain yang tidak berpuas hati dengan penyokong Kelantan sehingga memburukkan Negeri Kelantan di dalam laman sosial.Ada yang lebih memburukkan juga adalah ada segelintir penyokong menghina Sultan Kelantan sehingga laporan polis terpaksa kerana kenyataan menghina sultan yang memimpin kami.

Terbaru adalah mengenai seorang penyokong Terengganu yang menyalahkan Kelantan setelah Terengganu gagal dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2011.Tindakan beliau yang membuat kenyataan tanpa membuat kajian telah dikejam hebat oleh penyokong Kelantan .



Selain itu juga terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab dengan membuat kenyataan yang berunsur hinaan keatas Tuan Guru Nik Aziz dalam blog beliau.Beliau telah mempersendakan  Tuan Guru Nik Aziz yang kita hormati semua.Kenyataan pemilik blog yang bernama WAHYU LIANA itu menimbulkan kontroversi sehingga ibu beliau terpaksa membuat permohonan maaf kepada rakyat Kelantan.

Sila Klik gambar . 
( CERITA BELIAU )

6.MEMPUNYAI PENGURUSAN BOLASEPAK TERBAIK DI MALAYSIA l PENGURUSAN TAN SRI ANNUAR MUSA DIPUJI.

Tan Sri Annuar Musa merupakan arkitek yang bertanggungjawab membangunkan pembangunan bolasepak Negeri Kelantan.Kehebatan pengurusan beliau menyebabkan pasukan bolasepak Kelantan digeruni oleh pasukan lain dan ditambah pula dengan pemilihan jurulatih dan juga pemain yang hebat.

Kecekapan dan kehebatan TSAM membangunkan bolasepak Negeri Kelantan telah mendapat perhatian dari pihak luar sehingga beliau layak digelar BAPA PEMBANGUNAN BOLASEPAK KELANTAN malahan tidak keterlaluan dikatakan sebagai BAPA PEMBANGUNAN BOLASEPAK MALAYSIA.

Tahniah Tan Sri Annuar Musa dan KAFA



Namun Tan Sri Annuar Musa juga bukan prihatin kepada pembangunan bolasepak Negeri Kelantan tetapi juga pembangunan sukan bolasepak Malaysia.Sebagai tanda sokongan beliau terhadap suara rakyat, beliau telah bersamasama kumpulan perarakan Ultras Malaya yang memboikot perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di perkarangan Stadium Shah Alam ekoran tindakan Pesatuan  Bolasepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket.

Keprihatian beliau turun padang mendengar keluhan pencinta bolasepak seharusnya dipuji. :) sekali lagi tahniah Tan Sri Annuar Musa.



7.ULTRAS KELANTAN MERUPAKAN ULTRAS TERBAIK DI MALAYSIA ( DIKALANGAN ULTRAS2 NEGERI )

Fenomena baru yang cuba dibawa di dalam bentuk sokongan kepada pasukan negeri masing masing adalah dengan terbinanya Ultras.Ultras merupakan sebuah kumpulan penyokong yang akan menyokong pasukan mereka tidak kira menang atau kalah dan akan berdiri selama 90 minit sambil berchant menyanyikan lagu pembakar semangat .Ultras Kelantan yang ditubuhkan seawal tahun 2011 menampakkan sokongan dari peminat bolasepak Kelantan walaupun pada mulanya kehadiran mereka tidak dapat diterima .


Pada kejohanan Futsal Ultras Malaya yang mana Kelantan menjadi tuan rumah telah menobatkan Ultras Kelantan The Red Mania sebagai Ultras Terbaik kerana kecekalan komrad Ultras Kelantan yang sentiasa teguh walaupun di hujani dengan kata kata kesat.




Jadi pihak luar seharusnya berhenti memperkatakan perkara yang tidak benar mengenai penyokong Kelantan.Jangan menghina kami.Buka minda, celik mata dan pandang ke depan.Adakah benar penyokong Kelantan ini bermasalah.Adakah benar Kelantan sebuah negeri yang melahirkan penyokong yang ganas...? Tepuk dada tanya selera.

Jangan cepat menuding jari tanpa membuat kajian yang betul.





Fakta ini adalah pemerhatian saya sejak kali pertama kaki saya melangkah kaki ke stadium.Sila LIKE jika saya benar.