ok.topik rabu adalah mengenai golongan lembut/nyah/sotong atau bahasa kasaq dia pondan.Tapi meks rasa xelok gelarkan depa lagutu sebb depa pun manusia macam kita.kan kan kan.Mana la tahu yg terdiri dr golongan macam ni dr kaum keluarga kita ka, adik bradik kita ka, kawan kita ka..so who's know kan.
oke back to the point, masa meks belajaq dulu mmg giler ramai golongan spesis ni.tp meks xpernah plak berkawan ngan dorang.Seriusly xpenah, bercakap pun x.Tapi selalu nampak la dorang ni.Xtau la.setahu meks la meks ni spesis xreti malu , semua meks belasah je kawan tp bila bab² kawan ngan golongan seperti ni meks xder plak kawan.huh! pelik! xtau knp.mayb dorang xmo kawan ngan meks sebb meks terlebihh lebih lebih gojes dr dorang kot.huh sila la tampaq laju laju yer semua.meks koya kejap.!
Tapi after finish my degree ( omputeh sudeh, jiwa kaco ni ) , create my account FB, ramai plak kawan² or budak² lembut masa study dulu dok add meks.Ada jugak meks add dorang sebb sifat ingin tahu sgt tebal masa tu.Lani pun meks mmg baik sgt ngan golongan seperti ni .depa pun selalu dok teguq meks kat FB.then balas² komen.syokkkkk! dorang ni mamtan² & bekas² ratu golongan mak hayam masa study dulu.Meks pun xtau betul k x golongan mak hayam tp ayat ni la selalu depa dok guna bila dok balas² komen ngan meks.A
da juga golongan lembut yg mmg obses utk menjadi perempuan.Sanggup menukar jantina dan kehidupannya adalah mirip kepada perempuan.perlakuan, pemakaian dah mmg perempuan.Tapi ada jugak yang terjadi adalah disebbkan oleh persekitaran seperti dalam keluarga yang mana ibu bapa mengginginkan anak perempuan then rezeki plak dpt anak lelaki.so si ibu memanjakan dan melayani baby lelaki ni seperti baby perempuan.segala kelengkapan mirip kepada baby perempuan.macam ner tu?
Tapi secara jujurnya meks bgtau meks suka plak berkawan ngan dorang.Seronok sgt².Kalau dapat golongan yg macam ni yg baik mmg syok la buat kawan, leh kongsi macam² tapi kalo dpat yang buget diri DIVA mmg diva la jawabnya.aik aik over tau nyah!
baek, meks nak listkan sebb dan kenapa meks suka berkawan ngan golongan lembut ni semua.
1- sifat dorang yg mmg terbuka dalam semua aspek.Ini kenyataan yg sgt betul.Sebbnya adalah kawan meks sendiri.Cara percakapan dorang adalah mirip² ke arah kelucahan tp masih under control.Alah semua org main ckp lepas.kan syok ckp lepas.xder nanti yg terhiris perasaan.Nak bincang sal apa pun semua tarak hal la ..semua depa boleh bagi point.serius.
2- jangan xtau mereka ni adalah golongan yang berpendidikan tinggi.Sebenarnya lau kita perhatikan fenomena dunia lembut di malaysia ni , mmg sgt menarik kan.Depa sebenarnya terdiri dr golongan yang pandai, berpendidikan tinggi, hidup mewah cuma percaturan hidup mereka sahaja yang memilih utk menjadi begitu.kawan meks sorang ni namanya Shania ( bukan nama sebenar ) skrg ni tgh smbung master.Lau xsilap meks ni dia antara student cemerlang kat unibersiti meks.Dia budak Bioteknologi kot.giler gempak seh dorang.kalah meks.meks budak interior design jerw.! asal adow sudehhhhhhh...!! and for sure, umi meks xkisah pun meks nak berkawan baik ngan depa ni.huh! berkawan ngan org cerdik ni dgn kita² akan mendapat tempias cerdik nih.
3- dorang ni lebih ramah dan lebih penyayang.Apa yang meks perhatikan kawan meks sendiri adalah , dorang ni sgt ramah.senang nak ajak berbual.serius meks ckp kawan meks yg perempuan ramai sgt yg buget DIVA, buget cantik mengalah ratu dunia padahal muka cam jalan tar xsiap.Nak kita teguq depa padahal depa tu sapa.huh.ada aku kesah ke nyah!! baik meks kawan ngan golongan yang lembut sebb depa cool.nak tahu cite x.Dulu masa meks clash ngan farid( bukan nama sebenar) golongan ni la yg dok bagi semangat nak meks.Sumpah kawan² baik meks sumer adala yg bg moral supot tp kawan meks yg lembut ni la byk bg semangat.Meks nak kena belanja dorang nih.huh.masa tu meks memang down giler².meroyan dlm fesbuk.tp mujuq ada depa ni semua.Thanks ya kawan².
4- uits body depa cantik noks.! meleps!! mmg kalah ngan body meks yg macam tong drum ni.kadang² meks jadi admire plak.kulit depa cantik giler.dorang jaga sungguh.tampal segala macam.petua xyah ckp la..yg syok dorang ni xkedekut ilmu nak berkongsi.uit..meks suka.kadang² kan body depa ni mengalahkan kita² org perempuan.solid molid cam kerengga.
5- depa pandai make up.Had ni mmg di akui.ace tgk make up artis kita skrg.ramai kan terdiri dr golongan cm ni.jgn perlekehkan kita.meks pun esok² kalo nak kawen nak suh golongan ni make up.nak suh dorang transpom meks jadi anggelia jolie.bibir kasi tebal sikit.wahahaha.dorang make up cun habis.
6- depa ni baik weih.serius! jgnla bersangka buruk pada mereka hanya kerana seorang yang menyerupai wanita.mereka pun macam kita.jgn cepat menghukum golongan ni kalau kita tidak mengenali mereka.Masalah org kita bila nampak je golongan ni terus booo..apada..meh sini meks katuk² pala baru tauu..over tau!!
sebagai kesimpualan - wah meks rasa dah buat karangan SPM plak dah nak kena ada kesimpulan - golongan lembut ni sgt istimewa weih.Dorang sama je cam kita cuma mereka ada kisah hidup mereka.apa yang pasti meks percaya ni bukan pilihan hidup mereka.kan kan kan.
NOTA KAKI : nak try belajaq make up ngan kawan meks.hua hua hua.
15 comments:
aku setuju..diorang memang baik dan peramah..make up..? opkos..lebih pandai dari aku heehehe
btw, just want to share sumthing.. bebaru ni kawan aku ( pondan tapi pegi kelas pakai baju kurung ) kena tahan untuk duduk exam sebab muka tak sama macam dalam IC..then dia lupa pula bawa slip exam dan student card..hmm
sy ade bbrp org kawan dr golongan lembut....best kawan dgn diorg sbb diorg sentiasa ada untuk kita time kita susah atau senang....
setuju sangat-sangat,aku pun ramai gak kawan2 yang macam ni tapi serius dorg memang banyak advantages
haah..
dorang mulut memang laser..;p
haah..
dorang mulut memang laser..;p
Kawan dgn dorang memang best. Sebab dorang macam ada pengalaman 2 jantina ni. Kadang2 boleh support kita macam kawan lelaki selalu buat. Kadang2 terasa macam dorang kawan baik perempuan kita. Hiks ;)
@tim
tau xpxer...hasil kerja dorang mmg sempurna dr yg normal macam kita..
cantik xyah ckp la..memng terbaik..
thanks for sharing..
kesiannya dia..tp teruk gak kot..
sapa suh pakai baju kurung..
plak tu xbawak student card..
kesian..entah dpt ambik exam k x..
@cik panadol
yeah betul tu cik penadol..
dorang baik sangat2..
diaorg kadang2 mmg mulut puaka tp hati baik sgt..
suka sharing...
@IEKAH MOKRI
yeah..asalkan depa guna apa yg mereka miliki utk tujuan kebaikan alhamdulillah..
jgn lebih tersesat sudehhh
@akema yazid
hehe mmg mulut depa puaka tp hati baek xsah dok habak la..
mulut je pot pet pot pet tp isi dalam baik..
kikikiki
@♥ Roshazzy Shag ♥
betul tu..itula kelebihan dorang..
menjiwai 2 watak ...
berkawan dgn dorang mmg xsalah langsung...kadang2 minda org kita selalu nampak buruk je kan..
hehee
hahaha..
@MrShah53
gelak cek noh
diorg oke jek..
x kisah pun kwn ngn diorg..
aku ramai je kwn golongan mcm ni..
seronok sebab diorg sgt open minded..
@KinosKoko
thats correct beb..
mereka mmg open sgt..
cakap lepas..mmg bisa..
kadang2 org yg xbiasa dgn dorang akan buat muka la.
hahha
Post a Comment