Sunday, November 14, 2010

211 : PENGORBANAN MEKS DALAM HIDUP MEKS SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA..apakah...sedihhh!!


Tarikh : November 14 2010 Ahad jam 10.15 am
Mood : mengantuk + bengang 
Background Music : Bila Cinta by Gio : sedih terok nih -

Assalamualaikum ampa semua.Ada baik kah.Minggu baru dah is coming.Meks malas betul nak pergi opis.Banyak kerja nak kena buat.Tapi minggu ni minggu pendek sebb meks kerja sampai selasa jam 12 tghari kot.Aik ada kot sebb raya kan.haha.Sebbnya meks kerja ngan family meks, so suka suka hati meks la nak pergi kerja k x.Selalunya 1 hari b4 raya meks mmg xpergi kerja dah.Hahaha adow meks kisah.


Macam ner persiapan utk raya haji nanti.Adeh seriusly meks bgtau mmg meks xsiap apa-apa pun.main gasah jer.Bagi meks raya tetap raya cuma persiapan tu xsama cm sambut hari raya aidilfitri.Dulu  utk raya aidilfitri meks mmg beraya sakan sebb meks hadiahkan set kelengkapan rumah utk umi meks sebagai membalas jasa umi meks.Lagipun meks dah berkerja nak gak tgk rumah cantik.Ni utk N3 lepas.Tahun ni raya kami biasa biasa lagi.

Jika kita erti maksud sebenar Hari Raya Qurban mesti kita terfikir apa dah pengorbanan yg kita lakukan.Cerita cerita mengenai erti pengorbanan ini sgt luas.Meks xmau bercakap mengenai erti qurban dan aspek agama tetapi meks nak bercakap mengenai pergorbanan meks sebagai seorang anak.aik aik mcm nak mengupkan diri saja.Hahaha.

Bukan, Dalam hidup meks sendiri meks melakukan pengorbanan.Agak sedih utk diceritakan tapi ini pengorbanan besar meks dalam hidup meks.Umum mengetahui yg meks ex USM bidang Interior Designer tapi meks skrg bukan bekerja dalam bidang designer.Meks teringin kot nak kerja as a interior designer macam Eric Leong , tapi hajat tu xsampai.Tapi adalah jugak meks jadi 3D maker utk cazen meks kalo dia mintak tolong sebb dia budak Landscape Architecture.

Apa pengorbanan meks ya.Urm sebenarnya selepas kematian abah meks mmg meks nampak sgt umi meks down down cm lagu tuh, Baby are u down down down.hua hua.Hempagas betul meks.Meks terpaksa memendam perasaan meks utk menjadi seorang ID utk menjaga umi meks.Kami xramai adik bradik.Meks ada kakak then abg sorang.Kakak meks cikgu, skrg mengajar di Terengganu then abg meks plak kerje sendiri.So meks masa mula mula hbs belajaq tu pikiaq 2 kali nak p kerja dkt Key El Lumpo or kerja kat Kota Bharu.Tapi the big prob is dkt kb xdak company ID.Company architect pun xbnyak.Kalo meks pergi kerja kat Key El Lumpo mesti umi meks tinggal sorang.Meks mmg x arap  bebenor dngn abg meks sebb laki kan mmg xlekat kat rumah.Kan sakit pening umi meks xdak sapa nak jaga.Kalo bole meks mmg nak tgk depan mata umi meks.Umi sakit kah, demam kah biaq meks yg jaga, biaq depan mata meks.

So mmg meks fikir fikir xperla, biaqla meks berkorban kali ni jer.Selagi hayat umi meks adow.Biarlah sisa sisa umi meks bersama dengan meks.Bukan meks mendoakan umi meks meninggal ker apa tapi kita xtahu perancangan Allah swt, so bila waktu y ada ni la meks nak bg kebahagian utk meks.Bahagia bila tgk umi meks suka bila anak anak ada depan mata.Nak nak time makan bersama.Bahagia yg xdapat diungkapkan dengan kata kata.

Lagipun rezeki ada dimana mana.Xsemestinya meks kerja di Key el lumpo meks bahagia, meks akan berjaya mayb makin sesak kot memandang kos sara hidup di key el lumpo sangat tinggi.itula pengorbanan terbesar setakat ni.Alhamdulillah walaupun meks kerja dalam bidang perakaunan ( lari topik sedikit ) tapi dah menampakkan hasilnya.Syukur padamu ya Allah swt.

Dikesempatan ni meks nak ucapkan selamat hari raya pada semua blogger blogger lain sekiranya sepanjang meks berbelog ni ada yg terkecik hati ngan kata kata meks.Biasalah manusia ni xlepas dr melakukan kesilapan dan qhilaf.

Bila meks dengaq lagu kat bawah ni mmg nangis teresak esak.Cuba pejamkan mata, kosongkan fikiran dan dengarkan lagu ini..pasti akan mengalir titisan air mata mengenang jasa dan pengorbanan ayah dan ibu yang tersayang.




NOTA KAKI : Al fatihah utk arwah abah.Semoga arwah abah dicucuri rahmah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.meks menangis teresak esak di opis bila meks menulis post then dengaq plak lagu Ayah & Ibu.Sedih kot.Meks syg umi meks dan abah meks tapi Allah swt dah menjemputnya awal dr kami sangkakan.ALFATIHAH