Saturday, January 29, 2011

302 : PIALA SUMBANGSIH : PIALA SULTAN AHMAD SHAH KELANTAN VS SELANGOR.....!!



[ assalamualaikum ]


yeeehaa malam ni ada bola..aduhai ada game antara Kelantan vs Selangor doh.!!! haih harus cancel dating malam ni semata² kerana bola.Haipp incik sugardaddy pergi tengok bola dengan geng² ULTRAS dia ker ek..nak ikot nak ikot...tapi confirm dan harus kena control kesopanan ..xboleh nak menjerit kuat² ..hahaha...sungguh kurang supan..gerenti lau mak mertua tengok, idoknya dia kose nak jadikan aku menantu..hahaha..

hope malam ni kelate main ngan hebat walaupun ada masalah sebelum ni.Xper masalah² tu semua kita tolak tepi...skrg yang apa perlu beri sepenuh tumpuan dan kekalkan momentum sebelum ini.Insyaallah kita akan berjaya memperoleh kemenangan.

tapi Pasukan Selangor juga xboleh dipandang enteng, sebb depa ada pemain terbaek Asia, Mohd Safee Mohd Sali..xper..jangan takot sebb kesebelan utama pemain kelantan mampu memberi persaingan sengit dan aku berharap penjaga gol negara, Khairul Fahmi dapat menjaga gawang dengan kemas walaupun nanti akan di asak oleh pihak lawan..hehehe..[ fuh semangat aku ]..Kelantan pun mempunyai penjaga gol terbaek Asia dan juga Shahrul Idlan Talhah...ingat yer masa Piala Akhir AFF dulu, Shahrul Idlan Talhah merupakan orang penting yang mencorakkan permainan bukan..hehehe...

kredit untuk RedFc News

 ni dia kesebelan pemain Kelantan.Betul ker ada sesetangah pihak menyatakan bahawa 3 pemain kelantan yang telah melanggar kontrak iaitu Indra, Farhan dan Azizi kembali bermain untuk kelantan ..lau betul..syukur weih..lagii dasyat beb..ngeh²...

kredit kepada dzulhelmimohdrazali

GOMO KELATE GOMO...

okelah dan baeklah..malam ni confirm aku akan duduk depan tv awal² sambil berbekalkan jajan² yang terbaek seperti kuaci..hahaha..tu je kot makanan aku lau tengok bola..air kosong sudah...confirm xdak sore malam ni..ngeh²..

-----------------------------------------------------------------------

KOTA BHARU - Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjanjikan aksi terbaik jika diberi tugas mengawal benteng terakhir pasukannya menentang Selangor pada Perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam, hari ini.


Turun dengan misi membantu Kelantan merangkul kejuaraan pertama Piala Sultan Ahmad Shah, selain memungut tiga mata pada aksi sulung Liga Super musim ini, Khairul Fahmi berkata, dia sudah bersedia sepenuhnya untuk perlawanan tersebut.

Menurutnya, walaupun Kelantan dilanda beberapa masalah, ia tidak menjejas tumpuannya menjelang perlawanan itu.
"Segala persiapan berjalan lancar. Untuk perlawanan esok saya akan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk membantu Kelantan memenangi perlawanan tersebut.


"Walaupun turun tanpa jurulatih B. Sathianathan yang digantung, kehadiran jurulatih baru Datuk M. Karathu memberi semangat buat seluruh pasukan," katanya ketika dihubungi sini, semalam.


Fahmi, kelahiran Kampung Cherang, membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF bulan lalu.Mengulas pertembungan Kelantan-Selangor, Khairul Fahmi menjangkakan perlawanan sengit."Selangor sebuah pasukan yang kuat, mereka ada ramai pemain yang hebat dan berpengalaman. Namun saya dan rakan-rakan tidak akan memberikan laluan mudah buat Selangor."Kami akan berjuang bermati-matian seterusnya membawa pulang kejuaraan ke Kelantan, selain mendapatkan tiga mata," ujarnya.



---------------------------------------------------------------------------------
petikan dari berita harian

pix_gal0Dua wira harumkan negara kini jadi 'musuh' 
KEDUA-dua pengendali - K Devan dan Datuk M Karathu - harus ceria kerana memiliki limpahan pemain untuk mencongak kesebelasan terbaik bagi pertembungan perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah, malam ini.


Kelantan akan melangkah turun ke Stadium Shah Alam dengan sedikit perasaan gementar kerana beraksi buat julung kali dalam perebutan piala berusia 26 tahun ini manakala Selangor beranggapan sorakan padu penyokong Merah Kuning akan menjadi faktor pembantu utama dalam merencanakan satu lagi kejayaan di laman sendiri.
Perlawanan membabitkan dua skuad gergasi yang memiliki ramai pemain bintang, termasuk beberapa anggota yang membantu pasukan negara menjuarai Piala Suzuki AFF, Disember lalu tidak dinafikan bakal menjadi tarikan besar penonton tanah air. 

Apapun, Kelantan seperti merendahkan diri apabila menganggap mereka sebagai barisan ‘underdog’ tetapi status selaku juara baru Piala Malaysia harus menyajikan satu lagi aksi terpuji daripada mereka, apa lagi sentuhan Karathu yang kembali menabur bakti selepas kali terakhir membimbing The Red Warriors pada 1993. 


Perlawanan tumpuan lain seperti Negeri Sembilan melawan Harimau Muda A serta bekas juara, Kedah bertembung T-Team harus menerbitkan satu lagi saat ghairah kepada penonton ketika Liga Super yang membuka tirai, malam ini ditakrif akan kembali menambat hati penonton yang sudah mula mencintai bola sepak. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


oke xde dah..bai bai bai