Wednesday, April 13, 2011

KELANTAN DIBELASAH 4 - 0 OLEH PERAK - LIGA SUPER 12-04-2011



assalamualaikum dan selamat malam


Tahniah diucapkan kepada skuad Seladang kerana berjaya membelasah sang kijang dengan jaringan 4-0. Walaupun kemenengan tidak berpihak pada pihak kami , tapi meks tetap bangga dengan pasukan TRW kerana TRW telah mempemarkan aksi yang cemerlang.Kita terus mengasak pihak lawan walaupun dengan jelas pihak lawan telah mengawal ketat penyerang utama Kelantan yang juga merupakan pemain negara iaitu Nur Shahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo.

Shahrul yang dikawal ketat oleh 3 pemain pasukan lawan tetap memberikan aksi yang cemerlang walaupun dilayangkan dengan kad kuning.Usaha yang bersungguh² yang dipamerkan oleh anak buah Datuk M.Karuthu masih tidak dapat menembusi gol pihak lawan.

Tapi inilah adat perlawanan.Ada menang dan ada yang kalah.Dan apa yang meks tahu Perak sedang berpesta sakan atas kemenangan yang bergaya malam ini.Pasukan Kelantan tetap terbaik di hati meks dan seluruh rakyat Negeri Kelantan.<3.Hidup matiku hanyalah Kelantan.

Kepada fans The Red Worriors janganlah mencemuh, memaki hamun dan mempersoalkan kredebiliti jurulatih kita.Apa yang terjadi ada hikmahnya.Jangan mempersoalkan kenapa dan mengapa jurulatih kita tidak menurunkan Piya dan menukarkan Danial.Percaturan yang dianggap bijak oleh pihak pengurusan tetapi ianya mengundang malapetaka kepada pasukan sedangkan Danial merupakan antara pemain terbaik untuk game kali ini.

Kelemahan pertahanan juga merupakan faktor utama yang menyebabkan pihak lawan cepat mendapatkan bola.Apabila Daud Su dikeluarkan , meks rasa ianya adalah langkah bijak kerana Daud Su telah dilayangkan dengan kad kuning kerana mengasari salah seorang pemain perak dan di gantikan dengan Subra.Apa yang dapat dilihat Nurul Azwa Roya tidak mempamerkan aksi yang cemerlang pada malam ini.

Khairul Fahmi Che Mat sekali lagi dibelasah dengan teruk.Meks difahamkan yang KFCM demam.Itupun melalui fb awek dia.Urm meks rasa KFCM kena berehat sementara waktu.mungkin terlalu letih dengan game yang banyak dan ditambah pulak dengan menjadi Penjaga Gol negara..

gambar dari " kelab trw utara '

Apa apa pun, diharap semua rakyat Kelantan dapat menerima kekalahan ini dengan hati yang lapang.Anggap saja untuk game malam ini kita tidak mempunyai rezeki dan nasib tidak menyebelahi kita.Dan perlu diingat kita tidak seharusnya memperlekahkan pihak lawan kerana masing² mempunyai corak permainan masing².

Cuma meks berharap untuk game seterusnya yang membabitkan pasukan Sabah menentang Kelantan pada Sabtu ini 16-04-2011 yang akan berlangsung di Kota Bharu, Pihak TRW dapat memperbaiki kelemahan dan mempelajari kelebihan pihak lawan.Bangkitlah wahai TRW, kami akan sentiasa menyokong anda.Anda harapan kami semua.


Nota Kaki : amboi bang akmal kemain noh!!! tapi tabik spring dkt hang sebb hang main sungguh².Hang memang terbaik.Tahniah sekali lagi kepada Perak.



p/s : korang perasan x ada mcm pergaduhan tadi.Aduh sapa yang mulakan dulu.

p/s : haruslah esok semua akhbar dan TV Malaysia akan menyiarkan berita mengenai kekalahan terok Kelantan ni.Lau team Kelantan menang xder plak nak ulas kat TB...ish ish..


walaupun sekarang Kelantan sudah jatuh ke tangga yang ke4 tapi kami percaya TRW akan bangkit dan mengungguli carta liga.InsyaAllah amin.





SILA KLIK OLDER POST

No comments: