Tuesday, April 12, 2011

LIGA SUPER : KELANTAN VS PERAK - 12 APRIL 2011



assalamualaikum



lambat bebenor yop balik balik.adeh awok dah xsabor nak menengok live bola Liga Super antara Kelantan Vs Perak.Nebes pun ada ni ha..mengkema² semua tengokla sama.Support bola tempatan lagi baguih dari dok sokong liga luar.Bako je..!! <3


Malam ini pertembungan dijangka hangat kerana salah seorang pemain Perak iaitu Akmal Rizal [ merangkap boyfren angkat dari dulu lagi ] merupakan bekas pemain The Red Worriors...aik aik tertiba je awok feeling macam Fina Nashroom.agaaaaaga..


pic google

meks rasa ini merupakan perlawanan pertama bagi Akmal Rizal selepas berhijrah ke Skuad Perak menentang TRW.Menurut Suara Sukan Anda

“Saya juga mahu buktikan sesuatu kepada penyokong Kelantan, bahawa saya masih berbisa, penyokong Kelantan ni bagus, saya hormati mereka, dan saya harap mereka pun sama hormati saya, sebagai bekas pemain Kelantan, saya kini pemain Perak, saya akan lakukan yang terbaik untuk Perak. Apa jua keputusan perlawanan, menang kalah adat pertandingan.”


Inilah orang cakap pemain bola sepak yang berilmu.Kenyataan Akmal sangat meks kagum kerana beliau tidak memperlekahkan pihak lawan dan sentiasa berfikiran positif.Untuk Akmal,kami sebagai penyokong The Red Worrior sentiasa menyokong anda walaupun anda tidak lagi bermain untuk Kelantan tapi jasa dan keringat anda amat kami hargai dan terima kasih kerana memberikan prestasi yang cemerlang sepanjang berada dalam pasukan TRW.


Untuk pasukan TRW , tunjukkan prestasi cemerlang anda.Kami menyokong dari jauh tetapi semangat kami akan sentiasa untuk TRW.Tunjukkan kita hebat dan mampu menumbangkan lawan kita...Usaha tangga kejayaan lau xder tangga naik Lif pun takpa haih..hehhee


Kepada rakan² dan peminat bola yang berkonvoi ke Perok, meks doakan mengkema² semua selamat pergi dan selamat kembali.Jaga tingkah laku di tempat orang nah.Pada ULTRAS- THE RED MANIA KELANTAN anda memang rockkkkksss!!!!


iklan tidak berbayar : sama² kita menengok live dekat ASTRO ARENA 801 - NADI SUKAN ANDA..untuk RTM siarkan lah banyak² cite artis, hiburan kerana segmen ni lebih menaikkan rating tv anda yang sememangnya lapuukk tunggu masa nak down jer..!! hahaa



MARI MENGUNDI [ anda tidak perlu berdaftar kerana tiada kelayakan umur dibenarkan ]



pollcode.com free polls
Kelantan vs Perak ..siapa yang akan menang
KELANTAN PERAK SERI





Nota Kaki : YA ALLAH, ENGKAU BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PIHAK TRW DAN ENGKAU BERIKAN KEKUATAN SERTA KETABAHAN KEPADA PASUKAN KAMI UNTUK TERUS BERAKSI DENGAN CEMERLANG.AMIN


p/s : memang meks suka giler Akmal.oh terjatuh cinta weih.!!


SILA KLIK OLDER POST

No comments: