Kelantan, Terengganu, Selangor dan Kedah yang menduduki carta teratas Liga Super dilihat sebagai pasukan pilihan mencabar gelaran tahun ini.Kumpulan mana yang akan bersaing dengan Kelantan.Sama-sama kita nantikan sebentar nanti.
Rebiu 16 pasukan bertanding
Kelantan
“THE Red Warriors” berjaya menamatkan kemarau selama 55 tahun apabila buat julung kali bergelar juara Piala Malaysia setelah menewaskan Negeri Sembilan 2 –1, tahun lalu. Malah kemenangan itu membalas kekalahan Kelantan kepada Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia 2009. Kini, Kelantan dikatakan sedang berusaha mendapatkan khidmat penyerang Pahang bagi memperkemaskan pasukannya menjelang saingan Piala Malaysia musim ini tanpa kehadiran sementara Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd. Izuan Solahuddin yang mengikuti latihan bersama skuad Olimpik 2012 di Slovakia.
Terengganu
SKUAD Penyu, mula bergelar juara pada tahun 2001 selepas berjaya menundukkan Perak 2-1 dalam edisi ke-25 Piala Malaysia. Berdasarkan kejayaan Terengganu dalam Piala FA dan juga naib juara Liga Super, pasukan di bawah kelolaan Irfan Bakti menyasarkan untuk membawa pulang Piala Malaysia tahun ini.
T-Team
PERSATUAN Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu T-Team atau T-Team yang diasaskan pada 2007, merupakan johan bagi Piala FAM musim 2007/08 mengatasi Majlis Bandaraya Johor Bahru. Walaupun masih belum pernah menjuarai Piala Malaysia, namun pasukan yang ditubuhkan melalui Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu ini tidak gentar jika diundi berada dalam satu kumpulan bersama pasukan berstatus gergasi seperti Selangor, Kelantan pada kempen Piala Malaysia. Seperti pasukan-pasukan lain, T-Team turut menyasarkan untuk membawa pulang Piala Malaysia tahun ini walaupun penjaga gol utama, Shamsuri Mustafa terpaksa berehat lama dari pembedahan lutut.
Kedah
PERJUANGAN pasukan Hijau Kuning untuk mara ke final terkandas setakat separuh akhir Piala Malaysia selepas dikecewakan Kelantan, musim lalu. Kedudukan dalam liga agak memberangsangkan kerana menghuni tangga keempat terbaik musim 2011. Kini, peluang Kedah mengulangi kejayaan menggondol dua kali berturut-turut dilihat cerah selepas beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan sebelum ini pulih
Perak
CABARAN Seladang sekadar berakhir pada peringkat kumpulan kerana Johor FC dan Kedah mengisi slot ke suku akhir musim lalu. Prestasi Yob juga terumbang-ambing apabila menamatkan kedudukan keenam Liga Super dan berkemungkinan terpaksa beraksi tanpa lima pemain utama gara-gara penggantungan FAM. Kali terakhir Perak menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2000 menewaskan Negeri Sembilan.
Negeri Sembilan
SKUAD Jang terlepas gelaran trofi kejuaraan Piala Malaysia ketiga apabila kebangkitan dramatik Kelantan pada babak kedua menyebabkan mereka berpuas hati muncul naib juara musim lalu. Malah, pencapaian menghuni tangga kelapan saingan liga domestik juga bukanlah sesuatu boleh dibanggakan anak didik Azraai Khor Abdullah.
Dibarisi pemain berpengalaman dan adunan pemain muda bakal mencetuskan fenomena baru kerana saingan Piala Malaysia bermula September depan berbeza dengan Liga Super yang tamat Julai lalu.
Sabah
PADA kempen Piala Malaysia tahun lalu, pasukan Sabah menamatkan saingan di peringkat kumpulan. Sang Badak sekadar mencatat dua kemenangan, tiga seri dan satu kekalahan. Di saingan Liga Super musim ini, anak buah Justin Ganai menghuni tangga ke-10 liga dengan merekodkan tujuh kemenangan, tujuh seri dan 12 kekalahan. Sabah tidak pernah menjulang Piala Malaysia.
Sarawak
BUJANG Senang kembali memeriahkan saingan Piala Malaysia, musim ini. Skuad kendalian Robert Alberts itu dilihat mampu melakar kejutan berdasarkan prestasi ditunjukkan dalam kempen Liga Perdana. Bekas naib juara Piala Malaysia edisi 2000 itu menamatkan kempen Liga Perdana di tangga kedua dengan mencatatkan rekod 15 kemenangan dalam 22 perlawanan. Tahun lalu, Bujang Senang tidak beraksi di Piala Malaysia.
Sime Darby
SIME Darby layak beraksi buat kali pertama di Piala Malaysia selepas berjaya menyingkirkan Pahang (Agregat 6-0) di pusingan playoff. Dalam kempen Liga Perdana, Sime Darby menamatkan saingan di tangga kelima. Sime Darby merupakan juara Liga FAM sebelum beraksi di Liga Perdana musim lalu.
PDRM
PDRM layak beraksi di Piala Malaysia musim ini selepas menamatkan kempen Liga Perdana di tangga ketiga. Rekod baik PDRM (12 menang, 3 seri dan 7 kalah) dalam saingan liga menjadi bekalan moral pasukan itu untukmelakukan :upset: dalam kempen kali ini.
Johor FC
PRESTASI Johor FC dalam aksi Piala Malaysia 2010 agak baik apabila melangkah ke separuh akhir namun harapan ke pentas akhir musnah apabila ditewaskan Negeri Sembilan dengan agregat 2-1.Saingan kali ini mungkin sukar buat pasukan dari selatan tanah air itu memandangkan banyak skuad yang boleh dikatakan kebal seperti Kelantan, Terengganu dan Selangor.
Johor
WALAUPUN tidak menyertai saingan Piala Malaysia musim lalu satu lagi pasukan dari selatan tanah air iaitu Johor bakal memeriahkan Piala Malaysia tahun ini. Bagaimanapun, suatu ketika dahulu skuad Jengking pernah menjulang trofi Piala Malaysia iaitu pada 1985 dan 1991 apabila menewaskan Kuala Lumpur 2-0 dan juara sebanyak 32 kali, Selangor 3-1. Pada saingan Liga Perdana pasukan yang pernah menjulang kejuaraan liga pada 1999 ini berjaya menduduki tempat keempat dengan mencatat 11 kemenangan, tiga seri dan lapan kekalahan daripada 22 perlawanan.
PKNS
PIALA Malaysia 2010 menyaksikan pasukan PKNS sekadar berada di tangga ketiga Kumpulan A bersama dengan Negeri Sembilan dan Kelantan yang berjaya ke pusingan seterusnya. Skuad Semut Api yang sebelum ini menjulang trofi Piala FAM pada 1979 dan 2003 itu kini berjaya menjadi juara Liga Perdana dengan hanya mencatat satu sahaja kekalahan sepanjang 22 perlawanan. PKNS dilihat bakal menjadi antara pasukan yang menonjol dalam kempen Piala Malaysia, kali ini.
Selangor
TAHUN lalu, Selangor turun selaku pasukan pilihan namun terkandas di suku akhir apabila tumbang di tangan sang juara, Kelantan. Sebagai pasukan paling berjaya dalam Piala Malaysia, sudah pasti Selangor yang menghuni tangga ketiga Liga Super tahun ini, tidak akan berdiam diri untuk merampas kembali takhta ‘Raja’ dari tangan The Red Warriors.
Felda United
TURUN selaku pasukan berstatus kelab, Felda United melangkah ke medan pertempuran buat kali kedua dan pastinya kehadiran mereka harus diberi perhatian oleh pasukan lain. Julung kali menyertai Piala Malaysia tahun lalu, Felda tidak bernasib baik dan hanya sempat beraksi di peringkat kumpulan. Di saingan Liga Super musim ini, anak buah E Elavarasan menghuni tangga ke-10 liga dengan merekodkan tujuh kemenangan, tujuh seri dan 12 kekalahan.
Kuala Lumpur
PADA aksi Piala Malaysia tahun lalu, Kuala Lumpur agak malang apabila tewas semua perlawanan pusingan pertama dan kedua. Dalam saingan Liga Super pula, KL beraksi hambar namun skuad kendalian Razip Ismail agak baik kerana tidak terjerumus ke Liga Perdana musim depan apabila sekadar mencatat enam kemenangan, lapan seri dan 12 kekalahan untuk menghuni tangga ke-12 liga.
Ehsan dari : SInarHarian, Jumaat 05-08-11 KLIK LINK
NotaKaki : Kita mengharap Kelantan mampu membawa pulang sekali lagi Piala Malaysia untuk kali kedua.InsyaAllah amin.GOMO KELATE GOMO
No comments:
Post a Comment