Pedih betul tajuk saya kali ini.Bukan merintih , bukan menyalahkan takdir tapi cuba membuang semua yang ada dalam hati ini.Cuba melepaskan apa yang terbuku.Dan biarlah ianya berakhir disini untuk saya terus maju ke hadapan dan bukan untuk saya hidup dalam kesedihan.
Sedih untuk diluahkan tapi inilah hadiah ulangtahun yang cukup bermakna.Ya Allah , sangat istimewanya.Istimewanya hadiah saya kali ini, ikatan yang sedia terjalin terlerai.Terima kasih Ya Allah kerana memberi petunjuk, memberi saya peluang untuk merasa nikmat dan keindahan bercinta yang tiada tandingannya.Sesungguhnya sekarang baru aku sedari.' menyintai manusia adalah sangat sakit berbanding menyintaimu Ya Allah.Menyintaimu terlalu indah Ya Allah.Aku lalai dengan dunia aku.
Apa yang terjadi biarlah saya dan dia yang tahu.Mungkin ada kesilapan yang datang dari pihak saya, tapi siapalah saya untuk melawan takdir Allah.Ya benar, manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan.Dan saya tahu NOBODY PERFECT .Tapi saya akur dipertemukan dengan lelaki sebegitu.Saya bahagia.Walaupun bagi saya dia mempunyai 1001 masalah dalam kehidupannya , tapi memilikinya terlalu indah.Terima kasih Ya Allah kerana menemukan saya dengan beliau.
Dalam kehidupan saya , saya mempunya family , dia dan kawan-kawan.Tidak usahlah saya bercerita mengenai family kerana family saya sentiasa ada ketika saya senang dan susah.Meraka anugerah Allah yang paling bernilai yang tiada tolak gantinya.Tapi saya ada kekurangan, kekurangan saya adalah saya anak yatim.Tapi saya sedar, setiap yang hidup pasti akan mati dan begitu juga saya yang melalui perpisahan ini lebih awal berbanding korang.Dan bila perkara ini terjadi dan ianya berlaku di hari kelahiran saya yang menjadi tanda cinta antara umi dan abah saya, saya sedih.Saya tidak seperti anda , mendapat ciuman dari seorang yang bergelar ayah..saya tidak merasainya lagi.Tapi ini takdir hidup saya.Allah menarik kebahagian saya dalam sekelip mata dan saya REHDA dan saya sesekali tidak pernah menyalahkan takdir saya.
Dan ' dia ' merupakan person yang kedua yang hadir dalam hidup saya.Dia yang bersama saya ketika saya dalam kesedihan, kedukaan.Cinta saya bukan berdasarkan wang ringgit.Saya tidak memerlukan wang ringgit untuk kebahagian tapi saya perlukan kasih sayang.Saya sendiri tidak pernah masuk campur hal yang melibatkan duit pasangan saya, kerana saya sendiri mempunyai punca pendapatan saya sendiri.Walaupun tidak banyak, alhamdulillah itu yang menampung kehidupan saya selain menjaga umi saya.
Bila kita cintakan seseorang, sayangkan seseorang.kita akan lupa segalanya.Bagi kita dunia kita bersama si dia sangat indah.
' awk masih ingat kad yang saya buatkan untuk awk.., Segalanya saya akan lakukan yang terbaik untuk cuba menggembirakan awak pada hari ulangtahun awk. :) .saya drawing sendiri.saya lukis sendiri.Betapa terujanya saya ketika itu.Maaf sebb saya xsempat nak ambik drawing saya itu.Kalaulah saya dapat melihat kad itu sekali lagi.'
Inilah kad yang saya buang.Sangat susah.! tapi untuk anda saya sanggup :) |
' awk ingat tak awk menangis bila saya hadiahkan dompet Tommy Hilfiger.Ya saya beli dompet tu dari UK.saya tak tipu.Saya sukakan sesuatu yang perfect dan saya akan cuba untuk membuatkan ianya terbaik pada hari yang bermakna untuk awak.Saya tahu awk jarang wallet yang saya bagi, kata awak, sayang letak dekat punggung.Um kelakar jugak bunyi tapi xpalah, saya terima .
' awak ingat tak saya belanja awk kek coklat dekat secret resipe.Alah awk tahu kan saya xpandai nak buat kek, tapi saya gantikan dengan kek coklat di Secret Resipe. :) saya suka tgk awk makan dengan bersungguh sungguh.Umm sedih nak teruskan ayat.
Tapi satu yang saya paling suka, ingat tak masa Hari Keluarga Ultras, um say hadiahkan awak cupcake.! sangat comel sampaikan saya nak makan pun terasa sayang.! Tapi apakan daya, jodoh tak panjang.! saya terima awak.Sempena kembalinya awak ke Malaysia.Uhh saya menanti dengan penuh sabar hari tu. :)
Saya tahu awak minat bola..sebab tu saya hadiahkan awk cupcake bola ini. |
Betapa sayangnya saya pada awak hanya Allah je yang tahu.Buat apa saya menidakkan perasaan saya.Sumpah.Saya sayang awk tapi saya rasa cukuplah ianya berakhir disini.Terlalu sukar untuk saya luahkan apa yang saya rasa.Mungkin kenangan kenangan di atas adalah yang terbaik untuk saya.Bagi saya PERGILAH CINTA KALAU IANYA MENYAKITKAN.
Dan kawan kawan kamu, berseronoklah kamu diatas air mata saya pada hari lahir saya ini.Bukan saya tidak salah kamu kawan kawan tapi inilah karma untuk sebuah lukisan yang kita sendiri mencorakkannya.
Dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat saya yang saya sayang terutama Suha yang selalu ada dengan saya.Saya menjadi tempat saya bergelak ketawa, tempat saya menangis sama-sama , sama-sama sedih dan sama-sama gembira.Terima kasih Ya Allah kerana menemukan saya dengan sahabat sebaik LISS SUHA.
Tapi semua itu dah berlalu.Anggap sahaja sudah tiada jodoh.Betul untuk melupakan seseorang yang pernah kita sayang memerlukan waktu kita seumur hidup walaupun untuk jatuh cinta ianya memerlukan sejam sahaja waktu kita.
Saya rehda, saya pasrah.Mungkin ini pengakhiran cinta saya bersama Ahmad Faiq bin Ahmad Farid.Walau di mana kamu berada , saya akan sentiasa mendoakan kebahagian dan kesejahteraan hidup awk.Insyaallah amin.Sepanjang mengenali kamu saya sentiasa menerima kekurangan dan kelebihan yang kamu miliki, tidak pernah saya mempersoalkan kekurangan kamu tapi inilah pengakhiran kisah hidup kita.Sesungguhnya jika ini yang ditakdirkan , saya terima.Selamat hari raya.Tidak pernah terjadi dalam kisah kita untuk menyambut lebaran bersama.Kamu faham bukan tentang masalah yang kita lalui.Percayalah, kamu anugerah terindah dalam hidup saya. ( sambil lap air mata )
Lagu sejati untuk awk : HAHAHAH ( cuba menenangkan perasaan ) KLIK SINI
Salam sayang..
Yani.
No comments:
Post a Comment