Assalamualaikum sebagai permulaan cerita di dalam kehidupan yang baru.Setelah 26 tahun hidup sebagai khalifah Allah yang sentiasa lalai dengan perintaahnya,inilah permulaan sebuah kehidupan untuk saya.InsyaAllah saya akan cuba mencorakkan kehidupan saya dengan lukisan kedamaian , lukisan yang penuh berwarna warni.Life must go on.
Terasa perit sikit untuk memulakan kehidupan baru ini.Seperti layang layang yang terputus talinya tapi Alhamdulillah tali itu masih sempat berpaut di dahan yang renek.Begitulah kisah saya.Walaupun dihimpit pelbagai dugaan, tapi saya masih mempunyai teman yang mampu menceriakan kehidupan saya.Hadiah yang tidak ternilai olehmu Ya Allah.Masih ada yang sayang dan masih ada yang prihatin terhadap saya.Inilah kelebihan seorang sahabat.Sahabat yang sejati adalah sahabat yang selalu ada dengan kita walaupun di dalam senang atau susah.Saya perlu bangkit.Tidak perlu merintih domba seperti orang gila , kerana sepanjang 26 tahun hidup ini bukan permasalahan yang pertama kali saya lalui.Saya perlu kuat walaupun di dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.Tidak perlu untuk saya ceritakan apa yang hati saya lalui sekarang kerana tidak ada siapa yang akan memahaminya tapi percayalah saya sedih dengan apa yang berlaku.
Dan sungguh saya seperti tidak akan menyangka pengakhiran kisah kami yang berakhir pada hari istimewa saya.Bagaimana untuk saya menghadapi hari semalam pada tahun hadapan.Bukan senang kan, tapi Allah maha adil, Allah beri saya dugaan hari ini, dan mana tahu Allah mendengar doa saya untuk memberi kesenangan pada saya dikemudian hari.Percaturan Allah tiada siapa yang tahu, bukan.? Jadi untuk apa saya merintih jika saya tahu Allah bersama saya.Saya tidak rasa dunia terlalu kejam dengan saya kerana bagi saya setiap manusia akan menghadapi saat saat kesukaran dalam hidup mereka.Dan hari ini hari saya.Saya sangat percaya bahawa Manusia yang selalu ditimpa bala , adalah golongan manusia yang dipilih oleh Allah swt.Allah swt tidak pernah kejam terhadap umatnya.Dan saya percaya saya adalah insan yang bertuah yang dipilih untuk menerima ujian ini.Dan sekiranya Allah swt tidak menurunkan bala ini atas diri saya, saya percaya saya akan terus hanyut dibuai keindahan dunia.Terima kasih Ya Allah kerana memberi hikmah yang tiada tandinganNya.
NotaKaki : Awak dengar lagu ni na Neyo - One In A Million [ video ]
No comments:
Post a Comment