Saturday, August 13, 2011

SATU HARI DI PULAU PINANG - PART 1 -




Saya ada satu kisah gila.Betul - betul gile.Kisah gila bermula dari my cazen .Udin namanya.Um.cazen yang paling rapat dan yang paling gila gila.Sebab tu kami boleh ngam.!aih xleh puji lebih satg cazen had lain kecik hati, mampuih nak menjawab.Xsanggup mak nyah.!

Oke, pada suatu hari itu,bersamaan 16 Julai ,( haha, rupanya sudah sebulan berlalu ) saya dan my GF and my BF mengadakan trip paling bodoh iaitu trip ke Pulau Pinang.!! Macam dah tak de tempat lain tapi kami tetap nak pegi Penang.Pegi plak balik ari, aduh memang cari nahas.Esoknya ahad keje.Tapi gasaklah.Sebab kami nak ke Pulau Pinang adalah untuk menonton wayang.Almaklumlah kawan-kawan dokat Kelantan ni xdak Pawagam.Cite yang tengok hot time tu TRANSFORMER.adehh gila babas.gasak la kan..nak jugak tgk .Saya follow since yang pertama lagi kot tu yang xleh miss nanti BERDARAH HIDUNG tak tengok.

Had bawa kete tu Suhan ( dia suka HINDUSTAN ) , had pakai Oakley tu my cazen , Udin, had ngada pakai rayban tu kawan sejak sekolah rendah , Miza dan yang buget suci tu saya la.BAAHAHHAHA


Oke, kami bertolak pukul 10 pagi.Punyala janji kol 9 tapi almaklumlah jenis yang tidoq mati ni kan.! macam sengal je.Sempat lagi kot kami bergambaq.Masing-masing macam xpercaya nak pergi Penang.Dahla balik hari , pegi pulak semata-mata nak tgk TRANSFORMER.gila bukan.

Perjalanan kami menjadi bertambah seronok , masing-masing mula menceritakan perihal zaman sekolah dulu.Kami bertiga ( kecuali Suhan sebb dia kertu 2 tahun dari kami ) semuanya sekelas sekali macam sekolah rendah.See, we a best friend right.Dari zaman tok kadok tetap leh baik sampai skrg.Saya kawan-kawan saya.! AUM AUM AUM!!!

Dalam sekitar pukol 4 ptg kami sampai di Butterworth.Saya menjadi pemandu pelancong untuk mak incik mak incik ini semua memandangkan saya tahu selok belok jalan ke Pulau Pinang.Awat cheq tak caya kah.? Ampa jangan risau, kalau ampa sesat pun dok pusing dalam pulau ja , janji ampa jgn naik jambatan sudah.susah nanti bila da seberang Tanah Seberang.

Kami menaiki feri dari Butterworth ke Pulau.Biasalah membawa 3 orang yang xpenah menjejakkan kaki ke atas Feri ini.Bagila can kan.! Hehe..ada cite menarik mengenai sepupu saya Udin tapi xyah habaq la satg dia marah saya.!

Meet my BFF -Miza.dia pinjam rayban my cazen,xpalah janji dapat pakai kan..we take this picture  atas feri u alls...

Ada la 3 orang yang jakun.Feeling macam atas kapal macam cite TITANIC tu.Aduh gila lawak depa ni.Semua orang dok pandang kami , tapi apa kami peduli.Kami bayaq kot duit feri tujuh hengget 5 kupang.! ngeh ngeh.Kami pelancong hokeh, walaupun....

My cazen ni memang suka calerkan rambut.Every month akan tukaq fesyen rambut.Ikut theme..kalo  Kelantan masok final tuka jadi merah..! betul xbohong



Nak jugak bergambaq ataih Feri baq hang.Sat g balik buleh tunjuk kat umi, UMI pun tarak heran kot.


Bila dah sampai belah Pulau ni, saya terus tukaq seat dok depan.Susah bawak mak incik ngan pak incik ni semua.Aduh Penang banyak berubah tetapi yang sama tetap sama iaitu JAMM.oh teruk kot jamm kat sini.Sama macam saya tinggalkan penang setahun yang dulu.Rindu gile berjimba-jimba di Penang.Sampai je Pulau kami teruih p Quensbay Mall, nak p cari tiket wayang.

Sampai QB , terus memori daun pisang dgn budak-budak USM dok ada dalam pala.Best giler kot .! Rindu ampa wey..!! Bila nak buat REUNION.jom wey gethering sama-sama.Parking punya susah sebb ari minggu kan kami pergi, so then kena naik tingkat paling atas.Pergh gasak la.Dah parking sume kami pegi cari tiket.Umm..sedikit upset sebb tiket utk tayangan kol 5 ada cuma seat berbeza.xsyok.Dah la seat depan duduk asing-asing.xmo-xmo.So kami ambik je tiket untuk malam.Kol 8 sampai 11.giler 3 jam.Lama betul.Sementara menanti movie kami kol 8 kami pun usha-usha r.Actually aktiviti kami byk terbantut sebb kami xleh lama, nak balik KB malam tu jugak.Masing-masing kerja kan.

So pusing-pusing dlm QB.Saya shopping.Sangat lama tidak melaburkan duit di QB.Shopping la jugak 2,3 helai t-shirt.Saja menghabiskan rete yang ada.Syok plak tu, QB tengah ada sale, LAYAN je.Shopping sudah, usha lagi kedai lain then terjumpala gerai had buat TATOO.kami pun bantai la buat Tatoo.Nak bagi nampak GANAS tapi hampeh kot kami TAK GANAS tapi kami COOL.


This is that person yang mula-mula nak buat TATOO.had 3 orang lagi mengikut je.Tapi serius nampak cool.!!

Mulanya my cazen Udin malu malu nak buat, tatau la malu pasaipa tapi last skali buat jugek sebab DENGKI dgn kami yg nampak COOL


............................tak boleh crita.Nantikan part 2 plak cerita TATOO kami.tengok gambaq jela dulu eak..Hehe.Penang rawks..!!




NotaKaki : Gile best kot p trip dengan member2..Walaupun penat tapi kepuasan tu lain macam.Sungguh best trip kami kali ni.Insyaallah kami berempat akan ke Bandung pada bulan 11 nanti.Tiket dah setel.Tunggu nak bayaq je.Bandung , tunggu kami na...



1 comment:

yuyu uyu said...

arrrgghh...bestbya, jelus ketat ketat ni....nk g gak...heheheee