Tuesday, September 27, 2011

ATM LANTIK SATHIA





TEKA teki mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Bola Sepak Al-Hamra Red Warrior (ARMY), B Sathianathan yang dikhabarkan dipancing Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (PBATM) terjawab apabila beliau menandatangani kontrak dengan pasukan tersebut semalam.

Walaupun turut mendapat tawaran sebagai jurulatih bagi sebuah kelab di Myanmar, Sathia tetap memilih untuk mengikat kontrak dengan pasukan ATM bagi menghadapi Liga Premier musim depan.

“Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, beliau memberi keizinan untuk meneruskan kerjaya saya bersama pasukan ATM,” katanya semalam.

Meskipun berat hati untuk meninggalkan pasukan :The Red Warriors:, bekas jurulatih Kelantan ini yakin pemain kini sudah berada di landasan yang sepatutnya.

“Di bawah naungan Presiden Kafa, saya lihat pemain kini lebih matang dan saya percaya mereka mampu mencatat lebih banyak kejuaraan di masa akan datang,” katanya.

Selain Sathia, dua lagi pegawai Kafa, Kamaruddin Mohd Noor dan Abdul Hamid Ramli turut menyertai ATM selaku tenaga kejurulatihan.


NotaKaki : Terima kasih coach Sathia kerana berjaya menaikkan pasukan TRW sehingga bergelar Juara Piala Malaysia untuk pertama kali.


No comments: