Kelantan bertandang ke Pasir Gudang dalam saingan kumpulan C dalam misi untuk mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2011.Alhamdulillah, Kelantan berjaya menempatkan diri ke pusingan suku akhir walaupun sekadar seri 1-1 dengan Johor FC .Kelantan menduduki tangga pertama dalam Carta kumpulan C manakala Felda United berada di kedudukan ke 2 walaupun kalah dengan Sarawak dengan jaringan 1 berbalas 0.
Matyo di halang oleh pemain Johor FC - gambar oleh Shazli Shamsuddin |
Walaubagaimanapun Kelantan terus bangkit dan berusaha untuk menyamakan kedudukan dengan beberapa rembatan kencang tetapi berjaya disekat oleh penjaga gol Johor FC.
Namun, pemain pinjaman yang dipinjam dari Pahang iaitu Azzamuddin Akil berjaya menyamakan kedudukan Kelantan apabila berjaya menewaskan penjaga gol Johor FC pada minit ke 7.Ekoran dari penyamaan gol tersebut Kelantan berjaya bangkit dan berusaha untuk menambah jaringan tetapi berjaya disekat oleh Johor FC.
Pada Separuh masa kedua, kedua dua pasukan bermain dengan begitu agresif.Johor FC seolah olah terdesak untuk menambahkan jaringan untuk melayakkan mereka ke pusingan seterusnya tetapi mereka perlu akur dengan kehebatan pertahanan Kelantan.Pada separuh masa kedua juga menyaksikan pertukaran penjaga gol Kelantan iaitu Apek yang mengalami kecederaan akibat diterjah oleh pemain Johor FC.Posisi Apek digantikan dengan Mat Chah.
Untuk perlawanan seterusnya Kelantan akan bertemu Felda United di Kota Bharu pada 27 September 2011.
Walaupun bagaimanpun 6 pasukan telah berjaya layak ke pusingan suku akhir Perak, N.Sembilan, Terengganu , Kelantan , Felda dan T-Team .
carta terkini kedudukan Kumpulan C |
Apapun tahniah di ucapkan kepada anak buah Dato M.Karathu kerana aksi yang cukup baik walaupunkita mempunyai peluang untuk menambah jaringan.
NotaKaki : Mari sama- sama turun ke Stadium Sultan Muhammad IV untuk sama sama memberi sokongan padu kepada skuad TRW.Gomo Kelate Gomo.
No comments:
Post a Comment