Thursday, October 13, 2011

BERJUANG DEMI SEBUAH KEMENANGAN DAN MARUAH



Esok bakal berlangsung perlawanan timbal balik antara Kelantan vs Terengganu yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV yang juga turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena 801 tepat jam 8.45 malam.Pada perlawanan sebelum nya menyaksikan Kelantan dimalukan Terengganu dengan jaringan 3-1 di Stadium Sultan Nasharudin Shah pada 10-10-2011 yang lalu.

Perlawanan yang akan menentukan pasukan yang mana akan layak ke peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia 2011 , bakal menyaksikan suatu debaran dan persaingan yang sengit memandang Kelantan perlu menang untuk layak dan Terengganu semestinya tidak akan memberi peluang kepada kita.

Jadi, ayuh bangkit pahlawan ku, semua penyokong mu akan sentiasa memberi sokongan walaupun pasukan kita berada di bawah.Sokongan kami sokongan berzaman, sokong berterusan.Tunjukkan kesetian anda bersama-sama The Red Warriors.

Walaupun kita kehilangan pemain yang hebat seperti DaudSu, Adik Mat dan Shakir , tapi saya percaya jurlatih Kelantan, Dato' Karathu mempunyai strategi yang baik yang akan diturunkan pada malam esok.


Kali ini mari kita biarkan penyu menangis di Kota Bharu.Cuma satu sahaja, jangan biarkan permainan kita dicemari dengan provokasi dan juga gangguan yang seterusnya mengganggu kelancaran perlawanan.

Dan kita berharap mutu pengadilan yang akan mengadili perlawanan pada malam esok adalah tepat dan berharap juga tiada lagi sikap pengadil yang emosi sehingga menganggu perlawanan dan kelancaran pemain.

Banyakkan berdoa dan percaya akan kehebatan pasukan kita pasti akan menjanjikan kemenangan.Gomo kelate gomo

Untuk anda yang ingin merasai keseronokan dalam memberi sokongan kepada TRW ayuh bersama kami.Bersama kami di Gate H.Anda ada jiwa, anda harus bersama kami.


KREDIT PIC : ULTRAS KELANTAN THE RED MANIA