SEPERTI mahu bertanggungjawab di atas kegagalan Terengganu menjuarai
Piala Malaysia, penjaga gol, Sharbinee Alawee Ramli secara terbuka
mengakui kesilapan pada perlawanan akhir kelmarin.
Sambil menjelaskan kesilapan tersebut tidak disengajakan, penjaga gol
kebangsaan itu turut meminta maaf kepada semua rakan serta penyokong di
atas apa yang telah berlaku.
|
Pada aksi di Stadium Shah Alam itu, Sharbinee yang memiliki
pengalaman luas beraksi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah
melakukan kesilapan apabila gagal menangkap kemas hantaran silang pemain
Negeri Sembilan, S. Kunanlan pada minit ke-81.
Gol penyamaan itu telah mencetuskan kebangkitan para pemain Negeri
Sembilan yang akhirnya berjaya mendapatkan gol kemenangan menerusi
Hairuddin Omar pada minit ke-86 untuk muncul juara Piala Malaysia edisi
2011.
“Perlawanan akhir memang sengit dan apa sahaja boleh berlaku.
Lagipun, sukar untuk saya kata- kan apa sebenarnya yang berlaku. Saya
hanya boleh katakan yang saya tidak bernasib baik dan ia mungkin bukan
hari saya.
“Saya juga tahu ramai orang di luar sana yang membenci saya kerana
kesilapan itu. Justeru, saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat
Terengganu yang mengharapkan kami membawa pulang trofi ini.
“Kami telah melakukan yang terbaik dan tahun ini mungkin bukan rezeki
kami,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala
Terengga- nu semalam.
Mengulas lanjut mengenai kesi- lapan itu, Sharbinee yang dianggap
penjaga gol No. 2 negara sele- pas Khairul Fahmi Che Mat menjelaskan,
faktor padang bukanlah punca utama.
Sebaliknya dia mendedahkan, tempoh perlawanan yang cukup genting
memberi sedikit tekanan kepadanya sehingga gagal beraksi dengan baik.
“Saya mungkin telah membuat keputusan yang silap sehingga menyebabkan jaringan itu dan ia sesuatu yang sukar untuk saya terima.
“Namun, saya akan jadikan kesilapan ini sebagai satu lagi pengalaman
untuk menjadi lebih matang dan lebih berhati-hati pa- da perlawanan akan
datang.
“Saya cuma berharap agar para penyokong Terengganu terus berada di
belakang pasukan ini dalam misi memburu kejuaraan pada musim depan,”
katanya lagi.
Untuk rekod, kekalahan 1-2 Terengganu kepada Negeri Sembilan kelmarin
meneruskan kemarau kejuaraan buat skuad Penyu itu selepas kali terakhir
muncul juara Piala Malaysia sepuluh tahun lalu.
Satu-satunya kejuaraan yang dimenangi skuad kendalian Irfan Bakti itu
adalah dengan muncul juara Piala FA selain menduduki tangga kedua dalam
persaingan Liga Super.
Kosmo Online : 31 Oktober 2011
NotaKaki : Hanya mampu tersenyum :)
No comments:
Post a Comment