Monday, November 21, 2011

JURULATIH PASUKAN INDONESIA U-23, RAHMAD DERMAWAN MENGGESA ANAK BUAHNYA MENGUNCI PERGERAKAN 3 PEMAIN BERBISA HARIMAU MUDA




Malam ini bakal menyaksikan Gelora Bung Karno menjadi medan perang yang paling ditunggu tunggu oleh kedua dua negara.Kegemilangan dan sejarah akan terukir di sana sama ada kita bakal melihat Sang Garuda menangis di laman sendiri atau pun Harimau Malaya terpaksa melepaskan emas yang di miliki 2 tahun lepas. Provokasi hebat antara kedua peminat bolasepak sedang rancak berlaku , menyemarakkan lagi suasana final Sukan Sea kali ini.


Menurut laporan yang disediakan di dalam sebuah suratkhabar Indonesia, Jurulatih Pasukan Indonesia bawah 23 tahun itu ,Rahman Dermawan menggesa supaya anak buahnya mematikan serangan yang dimiliki oleh Malaysia yang berbisa iaitu  Baddrol Baktiar, Syahrul Azwari Ibrahim serta Mohd Irfan Fazail.3 Pemain ini dilihat mampu merobek gawang gol Indonesia sekaligus mampu melenyapkan impian Indonesia untuk memiliki emas.


Ong Kim Swee yang juga sudah habis tempoh pergantunggannya sebelum ini bakal bersama sama dengan pemain di bangku jurulatih dan seterusnya pasti mempunyai tektikal yang tersendiri untuk menghadapi Indonesia pada malam ini.

Dikhabarkan Syahrul Azwari mengalami kecedaraan selain Izzat , tetapi yang pasti akan ada berita gembira dari Ong Kim Swee.Pastinya malam ini juga menyaksikan Baddrol Baktiar akan dikawal rapi oleh pemain Indonesia dan pasti menyukarkan kita untuk mendapatkan bola tetapi dengan pengalaman Baddrol Baktiar bersama pasukan negara mampu mengkacau bilaukan kubu Indonesia.

Diharap juga pemain mempunyai semangat juang yang tinggi dan sentiasa berfikiran positif walaupun terpaksa menaiki BARACUDA ekoran dari peminat fanatik mereka sebagai langkah keselamatan.
Dan kami seluruh rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan pasukan bolasepak negara kita.Semangat dan jiwa kami berada bersama walaupun kami tidak dapat menyaksikan sendiri di stadium Gelora Bung Karno.

Malaysia Boleh.



No comments: