Wednesday, November 9, 2011

KELANTAN IKAT 3 PEMAIN IMPORT l 3 TRIO KEMBALI MENYARUNG JERSEY KELANTAN .





PENYERANG antarabangsa Lebanon, Mohammed Mahmoud Ghaddar bakal menjadi senjata terbaru jentera serangan skuad The Red Warriors setelah pemain tersebut bersetuju mengikat kontrak selama dua tahun untuk bermain dengan Kelantan .


Mohammed Mahmoud Ghaddar
Ghaddar bersama jersey Kelantan.

Selain Ghaddar, 27, Kelantan turut mengikat kontrak dua lagi pemain iaitu Emmanuel Okine dan Denny Antwi, kedua-duanya dari Ghana yang beraksi diposisi tengah dan serangan untuk tempoh tiga tahun.



Emmanuel Okine from Ghana, Jersi No. 4..Position DF/MF

Denny Antwi from Ghana, Jersi No. 18 & play for AFC Cup 2012.


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, pemilihan Ghaddar disifatkan tepat pada masanya setelah memenuhi kriteria yang dikehendaki pihaknya.

“Kriteria utama kita ialah pemain import mesti dibawah umur 30 tahun, mempu­nyai ketinggian lebih enam kaki selain sedang mewakili negara dan pemilihan Ghaddar dianggap tepat bagi kita.



“Semalam, saya telah menghantar wakil ke Doha (Qatar) untuk menemui pemain tersebut dan segala urusan perundingan selesai dan beliau bersetuju mengikat kontrak selama dua tahun untuk beraksi dengan kita.



“Dia juga merupakan pemenang kasut emas dan penjaring terbanyak dalam liga di negaranya. Malah, kini mempunyai tugasan bersama skuad kebangsaannya bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia menentang Kuwait dan Korea Selatan dan dijangka tiba di Malaysia pada 17 November ini,” katanya.



Selain itu, Annuar turut mengumumkan tiga pemain Kelantan musim lalu iaitu Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose kembali bersama mereka sekali gus, menamatkan khabar angin yang tercetus sejak kebelakangan ini.


Trio 3 ABDUL yang kembali menyarung jersey Kelantan
Farhan, Azizi dan Inda Putra


“Tiga pemain ini kembali memperkuatkan posisi pertahanan dan tengah setelah kita melepaskan Solehin Kanasian (Abdullah) dan pemain import yang diuji baru-baru ini, Jocip Bonasin (Croatia) atas sebab-sebab tertentu.



“Saya juga turut menge­sah­kan bekas penyerang Ke­dah musim ini yang berasal dari negeri ini, Azlan Ismail juga turut dipilih bagi memperkuatkan jentera serangan Kelantan meskipun pemain itu masih lagi belum pulih daripada kecederaan lututnya.



Dalam perkembangan lain, Annuar juga turut me­ngumumkan skuad Kelantan akan menjalani latihan pra-musim di luar Kota Bharu selain menghadapi tiga perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsa­an Maldives di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 18 November ini, Balestier Khalsa FC di Singapura (23 November) dan ATM pada 26 November ini.


Sumber : Sinar Harian, LINK
Gambar l KAFA


NotaKaki : Tidak kisahlah siapa yang menyarung jersey Kelantan , apa yang kita mahukan adalah kesungguhan dan kemenangan yang boleh membawa Kelantan terus maju dan digeruni pihak lawan.Lupakan kisah mengapa 3 trio ini memilih untuk keluar dari Kelantan suatu ketika dahulu ( ada sebab yang mungkin kita tidak tahu, ) ,terima dengan hati yang terbuka dan pastikan kita sentiasa memberi sokongan .Sokongan kita sokongan berzaman.



No comments: