Wednesday, November 9, 2011

MAMPUKAH SI ADIK MENGALAHKAN SI ABANG l KELIBAT 3 TRIO 'ABDUL' PASTI DITUNGGU TUNGGU




Menurut info, jika tiada aral melintang, penyokong setia The Red Warriors berpeluang menyaksikan perlawanan sulong "Super Warriors" yang dijangka akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan pada malam esok.

Terbaru, skuad "Super Warriors" kini sudah 99.9% sempurna selepas pengumuman senarai pemain untuk musim 2012, pagi tadi. Antara pemain baru yang menyertai TRW 2012 ialah Norfarhan Muhammad, Azizi Mat Rose dan juga Norfarhan Muhammad.


Info Perlawanan :


PERLAWANAN PERSAHABATAN
Super Warriors (TRW 2012) vs Pahlawan Melayu (Piala Emas Raja-Raja)
Venue : Stadium Sultan Muhammad ke-IV
Date : 09 November 2011 | 8.45 malam
Ticket : FREE / PERCUMA


*TERTAKLUK KEPADA CUACA!!!! JIKA HUJAN, PERLAWANAN DIBATALKAN!!


Sumber l Wawanfaiz.com



NotaKaki : Inilah peluang anda untuk menyaksikan perlawanan sulung melibatkan SuperWarriors kebanggaan kita.Sudah pasti kelibat 3 trio sensasi iaitu Nor Farhan, Indra Putra dan juga Azizi Che Ross   yang sebelum ini menjadi 'musuh' Kelantan dan juga 'musuh' di kalangan peminat The Red Warriors beraksi sebagai pemain Kelantan dan seterusnya menyarungkan jersey Kelantan.Ini pasti akan mencatatkan kenangan tersendiri jadi sekiranya anda mempunyai kelapangan , boleh menontonya di Stadium Sultan Muhammad IV pada malam ini secara percuma. Jangan lepaskan peluang ini dan persoalan yang pasti  adakah si adik mampu mengalahkan si abang..? Walaupun si abang mempunyai pemain yang bertaraf bintang, tetapi inilah peluang si adik untuk mempelajari teknik permainan dengan percuma dan memperbaiki kelemahan . Sama sama kita ke stadium malam nanti.




No comments: