Wednesday, November 9, 2011

SEA GAME INDONESIA 2011 l MALAYSIA [2] vs THAILAND [1]





Perlawanan kedua bagi kelayakan Sukan Sea Indonesia 2011 yang menemukan Malaysia dengan Thailand berkesudahan kepada Malaysia dengan jaringan 2 berbalas satu hasil jaringan daripada Badrul Bakhtiar  dan Izzat Farish Ramlan.Kemenangan Malaysia kali ini melayakkan Malaysia memperolehi 3 mata penuh.

Walaupun kita mempunyai banyak peluang, namun dapat dilihat disini peluang itu seakan dilepaskan dengan mudah.Shahrul Azwari gagal menyempurnakan beberapa jaringan malah boleh dikatakan jika beliau terlalu gopoh, saya percaya Malaysia mampu memperoleh banyak gol.Beliau seakan akan sangat gugup apabila berada di hadapan gawang gol lawan sehinggakan bola yang agak mudah dipersiakan dengan begitu sekali.

Akan tetapi , kemenangan perlawanan kedua ini sudah pasti mengembirakan seluruh rakyat Malaysia dan melayakkan Malaysia ke peringkat seterusnya.Terima kasih Badrul Baktiar , Terima Kasih Izzat Farish dan cuba lagi Shahrul Azwari.

Badrul Bakhtiar layak digelarkan wira Malaysia kerana gol jaringannya sememangnya melemahkan semangat pemain Thailand.Kelemahan barisan pertahanan negara yang leka menyebabkan gawang negera berjaya dibolosi Thailand dengan mudah.


Gol Badrul Bakhtiar.





Malaysia berada di kedudukan atas liga apabila Indonesia tidak mempunyai perlawanan pada hari ini.



NotaKaki : Terima kasih Badrul Bakhtiar , terima kasih Izzad Farris Ramlan dan cuba lagi Shahrul Azwari. Banyakkan usaha.Buang perasaan gugup itu.





No comments: