Tuesday, November 22, 2011

Peminat Di Guar Cempedak Mati Diserang Sakit Jantung Saksi Perlawanan M'sia-Indonesia


serangan jantung


YAN, 22 Nov (Bernama) -- Seorang peminat bola sepak meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 yang mendebarkan antara Malaysia dan Indonesia di sebuah kedai makan di Guar Chempedak dekat sini Isnin malam.

Ahmad Fauzi Ismail, 42, dikatakan pengsan di situ pada 10.50 malam semasa ramai pelanggan menonton perlawanan bola sepak itu sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulans 10 minit kemudian.

Dia dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Yan.

Pembantu kedai makan itu, Hasli Ishak, 29, berkata Ahmad Fauzi adalah pelanggan tetap kedai itu.

"Dia datang pada 8.30 malam dan makan nasi lebih kurang 10.30 malam, dan waktu dia makan, saya tengok dia pun pelik sikit sebab nampak pergerakan dia suap nasi pun perlahan lain berbanding sebelum ini," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Sumber l Bernama.


NotaKaki : Alfatihah kepada arwah.Semoga arwah diletakkan bersama orang yang beriman.Salute kepada semangat beliau.


No comments: