Tuesday, November 22, 2011

GAGAL MENJARINGKAN GOL PENALTI ; FAKHRI SAARANI MEMBUAT PERMOHONAN MAAF



Fakrhri Saarani


Siapa yang tidak mengenali anak muda ini.Anak kelahiran Kelantan ini merupakan pemain Harimau Muda dan juga mewakili Negeri Sembilan.Nama beliau begitu popular sekarang, ekoran dari prestasi beliau yang tidak menentu.

Biarpun beliau merupakan hero yang melayakkan Malaysia ke pusingan akhir acara sukan di SEA GAMES JAKARTA 2011 , dengan menjaringkan gol semasa menentang Myanmar, namun peminat bolasepak tanahair seakan lupa akan jasa beliau kerana kegagalan beliau dalam menjaringkan gol semasa perlawanan akhir menentang Indonesia semalam.Tambah memburukkan keadaan apabila beliau meletakkan negara berada dalam keadaan tertekan kerana tidak berjaya menyudahkan sepakan penalti bagi menentukan juara.Sepakan perlahan beliau dapat ditangkap oleh penjaga gol Indonesia.

Akibat dari itu, beliau dijemuh dengan lantang di laman sosial seperti facebook dan juga twitter.Episod duka ini pasti akan memberi kesan kepada beliau.

Namun melalui kenyataan beliau di twitternya, beliau dengan terbuka telah meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalan beliau menjaringkan gol.


Diharap permohonan maaf secara terbuka oleh Fakhri Saarani itu berjaya melenyapkan cemuhan dan seterusnya semua peminat bolasepak Malaysia dapat memaafkan beliau.Lupakan episod sedih, dan raihkan kegembiraan kemenangan Malaysia ini.Setiap manusia melakukan kesilapan. :)

Oleh itu, mari kita sama sama memberi sokongan kepada beliau dan Harimau Muda yang akan bertemu Syria nanti.Doakan kejayaan berganda Harimau Muda.



NotaKaki : Satu je Fakhri, silalah jangan tamak bila dapat bola tue :) ,


1 comment:

nikamir said...

apa2 pon..tahniah malaysia..
Alhamdulillah..

Kami Cool