PEMINAT bola sepak Indonesia mengakui, permainan skuad Bawah 23 negara ditampilkan dalam perlawanan menentang Thailand, Rabu lalu adalah baik.
Laman Facebook kelab penyokong bola sepak Indonesia nama, ‘Garuda Sepak Bola Indonesia’, menyatakan komennya dengan mengakui, Malaysia layak menang berdasarkan corak permainan dipersembahkan.
“Harus diakui Malaysia layak menang, permainan mereka bagus hari ini. Komentarmu?’.
Ia kemudiannya turut menerima pelbagai reaksi, termasuk rakyat tempatan Indonesia dan juga Malaysia yang berbalas komen.
Pada Rabu lalu, Malaysia menewaskan Thailand 2-1 dalam saingan peringkat kumpulan menerusi jaringan kapten Badrol Bakhtiar dan Izaaq Faris Ramlan.
Malaysia akan bertemu Kemboja Ahad ini sebelum Indonesia, 17 November ini.
Sumber l Sinar Harian
Malaysia Indonesia xpayah la nak gaduh2...
No comments:
Post a Comment